Indonesia kini 203,342 kes

INDONESIA terus mencatatkan pertambahan kes Covid-19 apabila merekodkan 3.307 kes baharu pada Rabu, 9 September menjadikan jumlah kumulatif sebanyak  203,342 kes. Kes aktif pula 49,806 dengan tambahan 3,307 kes baharu. Jakarta merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1.004 kes dan kumulatifnya mencapai 49,397 kes;diikuti Jawa Timur dengan 370 kes  dan kumulatifnya 36.712 kes. Sebanyak 106 lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia sebanyak 8,336 orang. Manakala kes sembuh pula meningkat kepada 145,200 termasuk 2,242 pesakit yang sembuh hari ini. SINGAPURA merekodkan tambahan 75 kes baharu Covid-19…

Read More

Arab Saudi catat 775 kes

ARAB Saudi merekodkan 775 kes baharu Covid-19 berbanding 781 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 323,012 kes pada Rabu, 9 September. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 28 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan kematian sebanyak 4,165. Kes pulih pula meningkat kepada 298,966 kes termasuk 720 kes pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini. Kes aktif sebanyak 19,881 di mana 1,386 kritikal. Sementara itu Dammam merekodkan 54 kes diikuti Makkah 51, Jeddah 45, Hufof dan Riyadh masing-masing 40, Madinah 37, Yanbu 36 , Ar’ar 33, Qatif 30 Qatif, 28 Al-Mobarraz…

Read More

Johor benarkan aktiviti masjid

KERAJAAN negeri Johor membenarkan semua perhimpunan untuk aktiviti keagamaan di semua masjid dan surau di negeri itu mulai Jumaat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Ketua Agama Islam negeri telah memberi perkenan itu. Tosrin berkata tiada jumlah jemaah yang dihadkan dalam sebarang aktiviti keagamaan itu, namun perlu mengikut keluasan masjid dan surau serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. “Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), aktiviti seperti program membudayakan al-Quran dan As-Sunnah dibenarkan tidak melebihi 30 minit…

Read More

24 kes : 13 Kluster Sungai

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM ) merekodkan 24 lagi kes baharu Covid-19 pada Rabu, 9 September dengan 13 daripadanya membabitkan Kluster Sungai di Kedah. Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 9,583. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan media berkata, daripada 24 kes baharu itu, enam adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara dan tiga bukan warganegara. Enam kes import adalah dari Bangladesh, China, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan. “Kes import yang melibatkan bukan warganegara telah memasuki Malaysia sebelum pelaksanaan…

Read More

100 kes: PKP bakal kembali?

PADA 26 Julai lalu, di Kota Bharu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob memberi peringatan bahawa kerajaan akan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya kes positif Covid-19 mencecah tiga angka. Katanya, jika kes terus meningkat, kerajaan tiada pilihan melainkan mengembalikan semula PKP sekali gus mengehadkan pergerakan. Waktu itu, beliau merujuk empat hari berturut-turut kes meningkat dan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri. “Kita lupa apabila kita melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang akhirnya kes semakin meningkat,” katanya. Semalam kes meningkat kepada 100. Adakah…

Read More

Cari tetamu Bukit Indera Muda

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang meminta tetamu yang menghadiri satu majlis akad nikah di Bukit Indera Muda, Bukit Mertajam pada 29 Ogos lalu supaya menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Seberang Perai Tengah (SPT). Pengarah Kesihatan negeri, Dr Asmayani Khalib, berkata ini susulan seorang tetamu di majlis itu disahkan positif Covid-19 dan kini dirawat di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah. Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah sebenar tetamu yang hadir pada majlis berkenaan, katanya. Terdahulu, tular satu notis yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah SPT meminta…

Read More

Kes Filipina dan Thailand

THAILAND merekodkan satu kes baharu Covid-19, melibatkan seorang lelaki berusia  46 tahun  yang pulang dari India pada 1 September lalu. Lelaki itu dikuarantin di Bangkok dan ujian keatasnya pada 6=September mengesahkan positif Covid-19. Jumlah keseluruhan kes ketika ini adalah sebanyak 3,446 dan daripada jumlah itu 3,284 kes dilaporkan pulih termasuk tiga yang pulih hari ini. Sebanyak 104 pesakit masih menerima rawatan manakala jumlah kematian kekal 58 kes sejak 2 Jun lalu. FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini merekodkan 3,281 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 241,987. Jabatan…

Read More