Kes Filipina dan Thailand

THAILAND merekodkan satu kes baharu Covid-19, melibatkan seorang lelaki berusia  46 tahun  yang pulang dari India pada 1 September lalu.

Lelaki itu dikuarantin di Bangkok dan ujian keatasnya pada 6=September mengesahkan positif Covid-19.

Jumlah keseluruhan kes ketika ini adalah sebanyak 3,446 dan daripada jumlah itu 3,284 kes dilaporkan pulih termasuk tiga yang pulih hari ini.

Sebanyak 104 pesakit masih menerima rawatan manakala jumlah kematian kekal 58 kes sejak 2 Jun lalu.

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini merekodkan 3,281 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 241,987.

Jabatan Kesihatan (DoH) juga mengumumkan 286 pesakit pulih yang membawa jumlah pemulihan meningkat kepada 185,178. Kes aktif pula 52,893.

Sementara itu 26 kematian dilaporkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 3,916.

Related posts

Leave a Comment