Jangkitan cecah 13 juta kes

JUMLAH kes positif Covid-19 kini mencecah 13 juta berbanding pagi semalam 13 Julai 2020, sebanyak 12.8 juta dengan jumlah kematian turut meningkat daripada 567,957 kepada 571,685.

Data Johns Hopkins University (JHU) menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 3,353,348 berbanding  3,297,501 semalam dan 135,524 kematian berbanding semalam 135,155.

Brazil pula merekodkan 1,884,967 kes jangkitan berbanding 1,864,681 semalam dan 72,833 berbanding 72,100 semalam.

India turut merekodkan peningkatan kes daripada 820,916 kepada 878,254 diikuti Rusia 732,547 kes.

Ketika Mexico menghampiri angka 300,000, Peru pula merekodkan 330,123 kes dan Chile 317,657 kes.

Mexico mendahului kumpulan 11 negara yang merekodkan 200,000 kes dengan catatan 299,750 kes berbanding 295,268 semalam diikuti United Kingdom (UK) 291,685, Afrika Selatan 287,796, Iran 259,652, Sepanyol 255,953, Pakistan 251,625, Itali 243,230,

Arab Saudi 235,111, Turki 214,001, Perancis 209,640 dan Jerman 200,180.

Lima negara berada dalam kelompok 100,000 kes dengan Bangladesh merekodkan 186,894 kes, Colombia 150,445, Kanada 109,984, Qatar 104,016, dan Argentina 100,166.

China pula merekodkan 85,117 dan Mesir 83,001.

Sementara itu angka kematian menyaksikan UK di tempat ketiga dengan 44,915 diikuti Mexico 35,006, Itali 34,967,  Perancis 30,032, Sepanyol 28,406, India 23,174, Iran 13,032 dan Peru 11,870.

Related posts

Leave a Comment