Kes jangkitan Saudi 311,855

ARAB Saudi merekodkan 1,019 kes baharu koronavirus Covid-19, jumlah yang rendah berbanding sebelum ini termasuk semalam (Rabu) yang merekodkan 1,068 dan 1,114 kes pada Selasa. Menurut Kementerian Kesihatan jumlah keseluruhan kes yang telah dilaporkan di Arab Saudi kini mencecah 311,855 Daripada keseluruhan jumlah kes baharu hari ini, Makkah merekodkan jumlah tertinggi iaitu 96 kes diikuti Riyadh 56, Unaizah 52, Madinah 50, Sabya 49, Jazan 46, Tabouk 44, Abu Arish 41 dan Jeddah 32. Sebanyak 30 kematian akibat Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah mereka yang meninggal dunia meningkat kepada 3,785 orang. Ketika…

Read More

Kluster Tawar, Sivagangga sumber sama?

PUTRAJAYA :Kluster Tawar dan Kluster PUI Sivagangga berkemungkinan besar daripada sumber yang sama selepas hasil ujian makmal mendapati Kluster Tawar mempunyai mutasi D614G. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil ujian 14 sampel yang diambil bagi tujuan full genome sequencing mendapati sebahagiannya terdapat mutasi D614G. Sebanyak 14 sampel telah diambil bagi tujuan full genome sequencing dan sebanyak empat sampel mendapat virus untuk kajian sequencing ini. Didapati virus tersebut mempunyai mutasi D614G. Virus Kluster Tawar ini (empat sampel) telah dibandingkan dengan virus daripada Kluster PUI Sivagangga (tiga sampel). “Hasil…

Read More

Kluster Tawar, kes aktif

SETAKAT 26 Ogos 2020, Kluster Tawar adalah kes aktif yang paling tinggi dan diberi tumpuan di mana sebanyak 73 kes positif Covid-19  telah direkodkan sejak kluster ini dikesan pada 12 Ogos lalu. Kes indeks bagi kluster ini adalah seorang lelaki warganegara yang merupakan pembekal makanan ringan dan penjual besi buruk. Dia dikesan positif ketika menjalani saringan selepas bergejala di sebuah hospital swasta di Sungai Petani dan sehingga kini, punca jangkitan masih dalam siasatan. Daripada 73 kes, enam dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan setakat ini, kluster tersebut tidak melaporkan…

Read More

5 kes : Tiga tempatan, 2 import

PUTRAJAYA: Lima kes positif Covid-19 dilaporkan, melibatkan tiga penularan tempatan dan dua import menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 9,296 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes import yang dilaporkan di Selangor itu mendapat jangkitan di Filipina dan Mesir yang melibatkan warganegara. Tiga kes penularan dalam negara pula adalah dalam kalangan warganegara Malaysia di Melaka iaitu dua kes saringan prapembedahan dan satu kes saringan bergejala, semuanya di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak. Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula menurun kepada 177 kes dan…

Read More

PKPD: Giliran Aman Jaya

MULAI 12.01 tengah malam ini, 28 Ogos 2020, Aman Jaya, Kedah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) berikutan kes Covid-19 di negeri itu. Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu diputuskan hasil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP. PKPD itu membabitkan tiga zon di Aman Jaya, iaitu Kenanga, Mawar dan Melur yang melibatkan 22,360 isi rumah merangkumi 265 rumah. Kesemua isi rumah akan disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Penduduk di zon terbabit tidak dibenarkan untuk keluar zon manakala orang luar tidak dibenarkan…

Read More

Selangor wajibkan sejadah

SELANGOR tetap mewajibkan masyarakat Islam di negeri itu membawa sejadah saiz standard untuk menunaikan solat fardhu lima waktu dan Jumaat di masjid dan surau. Dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini, langkah itu selaras dengan ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan surat arahan yang dikeluarkan JAIS bertarikh 29 Julai lalu. Di samping itu, JAIS juga melarang bukan warganegara yang sama sekali tidak dikenali, atau tidak diketahui tempat tinggal dan tidak melazimi solat fardhu berjemaah dari menghadiri masjid dan surau. Hanya bukan warganegara yang benar-benar dikenali…

Read More

24 juta kes, 824,368 kematian

JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia setakat ini telah mencecah 24 juta orang dengan kematian pula meningkat kepada 824,368 orang. Menurut data Johns Hopkins University, bagi tempoh yang sama sebanyak 15,725,085 kes sembuh dilaporkan. Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 5,821,221 kes diikuti Brazil 3,717,156 dan India 3,234,474 sementara Rusia menghampiri satu juta dengan catatan 968,297 kes. Negara yang merekodkan lebih setengah juta kes adalah Afrika Selatan 615,701, Peru 607,382, Mexico 573,888 dan Colombia 562,113. Sepanyol dan Chile masing-masing merekodkan 419,849 dan 402,365 kes. Lima negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Argentina 370,188,…

Read More