Turun naik di Makkah, Madinah

KES jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan trend penurunan apabila jumlah yang dicatatkan Kementerian Kesihatan (MoH) hari ini adalah sebanyak 1,109;berbanding 1,184 kes semalam dan 1,213 pada hari Jumaat. Setakat ini jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah 307,479 sementara kes sembuh pula meningkat kepada 280,143 termasuk 1,702 yang dilaporkan sembuh hari ini. Jumlah kematian pula mencecah 3,649 orang dengan 30 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Kes aktif pula 23,687 di mana 1,644 kes kritikal. Sementara itu Makkah terus merekodkan kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 65 kes…

Read More

Azmin bukan ‘kaleng-kaleng’

KETIKA di sana di sini tersebar berita anggota parti meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), untuk mengikut jejak Pejuang berjuang bersama Dr. Mahathir Mohamad, parti ‘bunga’ itu  terus mengatur langkah dengan penuh bergaya. Apalah sangat cerita anggotanya mengisytiharkan keluar parti. Kata orang tidak menjadi kudis, satu pergi 10 yang datang. Berapa ramai yang sudah pergi meninggalkan Bersatu? Berapa pula yang ‘mengetuk’ pintu Bersatu? Bukan 10, bukan 100, bukan 1,000 dan bukan 100,000 tetapi ‘sekali petik’ yang datang kepada Bersatu adalah 200,000. Itu janji Mohamed Azmin Ali. Dalam diam, Azmin telah…

Read More

10 kes : 8 import, 2 tempatan

PUTRAJAYA: Sepuluh kes baharu Covid-19 – lapan import, dua tempatan dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 9,267 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah. Katanya, lapan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara manakala dua kes adalah penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes daripada Kluster Tawar di Kedah. Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 kluster Tawar adalah sebanyak 65 kes dan sehingga 23 Ogos 2020 (12 tengah hari), sebanyak 3,286 orang telah disaring dalam kluster…

Read More

Pak Wan kecundang lagi

PAK WAN tewas lagi. Jika sebelum ini di peringkat bahagian, kali ini peringkat pusat. Begitulah nasib Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Yusof atau Pak Wan yang gagal mendapat tempat dalam barisan kepemimpinan baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Ketua Bersatu Melaka itu tewas dalam saingan merebut salah satu daripada tiga jawatan Naib Presiden dalam pemilihan yang berlangsung hari ini, 23 Ogos 2020. Pada Februari lalu semasa pemilihan Ketua Bahagian Masjid Tanah, beliau yang ketika itu sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi gagal mempertahankan jawatan selepas tewas kepada Ahli…

Read More

Dunia catat 22.3 juta kes

JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia setakat pukul 7 pagi ini, 23 Ogos 2020;meningkat kepada 22.3 juta dengan kematian 802,610 orang. Data Johns Hopkins University menunjukkan, kes sembuh pula merekodkan 14,839,327. Daripada 23,110,732 kes yang dilaporkan, Amerika Syarikat (AS) terus mendahului dengan 5,664,736 kes diikuti Brazil 3,582,362 dan India 2,975,701. AS dan Brazil juga merekodkan kematian tertinggi setakat ini iaitu masing-masing 176,317 dan 114,250. Rusia pula di tempat keempat kes tertinggi iaitu 949,531 diikuti Afrika Selatan 607,045, Peru 576,067, Mexico 549,734 dan Colombia 522,138. Enam negara mencatatkan lebih 300,000 kes iaitu Chile 395,708,…

Read More