Dunia catat 22.3 juta kes

JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia setakat pukul 7 pagi ini, 23 Ogos 2020;meningkat kepada 22.3 juta dengan kematian 802,610 orang.

Data Johns Hopkins University menunjukkan, kes sembuh pula merekodkan 14,839,327.

Daripada 23,110,732 kes yang dilaporkan, Amerika Syarikat (AS) terus mendahului dengan 5,664,736 kes diikuti Brazil 3,582,362 dan India 2,975,701.

AS dan Brazil juga merekodkan kematian tertinggi setakat ini iaitu masing-masing 176,317 dan 114,250.

Rusia pula di tempat keempat kes tertinggi iaitu 949,531 diikuti Afrika Selatan 607,045, Peru 576,067, Mexico 549,734 dan Colombia 522,138.

Enam negara mencatatkan lebih 300,000 kes iaitu Chile 395,708, Sepanyol 386,054, Iran 356,792, Argentina 329,043, United Kingdom 326,559 dan Arab Saudi 306,370.

Tujuh negara yang merekodkan lebih 200,000 kes adalah Bangladesh 292,625, Pakistan 292,174, Perancis 275,562, Itali 258,136, Turki 257,032, Jerman 233,854 dan Iraq 201,050.

Filipina pula mendahului negara yang merekodkan lebih 100,000 kes iaitu debgan 187,249 diikuti Indonesia 151,498, Kanada 126,560, Qatar 116,765, Bolivia 107,435, Ecuador 107,089, Ukraine 105,337, Kazakhstan 104,313 dan Israel 101,933.

Bagi kes kematian pula, Mexico di tempat ketiga dengan 59,610 kes, diikuti India 55,794, United Kingdom 41,509, Itali  35,430, Perancis 30,517, Sepanyol  28,838, Peru 27,245, Iran 20,502, Colombia 16,568, Rusia 16,268 , Afrika Selatan 12,987 dan Chile 10,792.

Lain-lain negara kurang daripada 10,000.

Sementara itu  Brazil mendahului kes sembuh dengan 2,913,966 kes diikuti India 2,222,577, AS 1,985,484, Rusia 765,754, Afrika Selatan 504,127, Mexico 448,344, Peru 380,730, Chile 369,730, Colombia 348,940.

Iran pula merekodkan 307,702 kes sembuh diikuti Arab Saudi 278,441, Pakistan 275,317, Argentina 245,781, Turki 236,370, Jerman 207,606, Itali 205,203, Bangladesh 175,567, Sepanyol 150,376 dan Iraq 143,393, Filipina 114,921, Qatar 113,531, Kanada 112,619 dan Indonesia 105,198.

Related posts

Leave a Comment