10 kes : 8 import, 2 tempatan

PUTRAJAYA: Sepuluh kes baharu Covid-19 – lapan import, dua tempatan dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 9,267 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah.

Katanya, lapan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara manakala dua kes adalah penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes daripada Kluster Tawar di Kedah.

Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 kluster Tawar adalah sebanyak 65 kes dan sehingga 23 Ogos 2020 (12 tengah hari), sebanyak 3,286 orang telah disaring dalam kluster ini.

Di Kedah, 2,758 disaring di mana 54 kes dikesan positif, 2,362 individu negatif; dan 342 individu masih menunggu keputusan manakala di Pulau Pinang, 517 disaring di mana 11 kes dikesan positif dan 506 individu negatif. Di Perak pula, kesemua 11 saringan adalah negatif dan tiada saringan baharu.

Kluster Alam pula merekodkan tiga kes baharu dan sehingga 23 Ogos 2020, sejumlah 27 orang telah disaring dan daripada jumlah itu, tujuh kes dikesan positif Covid-19, 18 individu negatif dan dua individu masih menunggu keputusan.

Lapan kes import pula adalah dari  Jepun (3 kes di Sarawak), Indonesia (3 kes: 2 kes di Selangor dan 1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Republik Maldives (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Mexico (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Sementara itu sebanyak 10 kes pulih Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 8,959 kes.

Sehingga kini, sembilan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada pertambahan kes kematian melibatkan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kekal 125 kes.

Related posts

Leave a Comment