Turun naik di Makkah, Madinah

KES jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan trend penurunan apabila jumlah yang dicatatkan Kementerian Kesihatan (MoH) hari ini adalah sebanyak 1,109;berbanding 1,184 kes semalam dan 1,213 pada hari Jumaat.

Setakat ini jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah 307,479 sementara kes sembuh pula meningkat kepada 280,143 termasuk 1,702 yang dilaporkan sembuh hari ini.

Jumlah kematian pula mencecah 3,649 orang dengan 30 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. Kes aktif pula 23,687 di mana 1,644 kes kritikal.

Sementara itu Makkah terus merekodkan kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 65 kes tetapi angka itu lebih rendah berbanding 91 kes semalam.

Bagaimanapun Madinah pula merekodkan peningkatan kes iaitu 61 berbanding 38 yang dilaporkan semalam manakala Jazan 57, Jeddah 52, Riyadh dan Hail masing-masing 40 kes.

Related posts

Leave a Comment