Thailand terus catat kes import

INDONESIA melaporkan 2,266 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan 147,211 kes dengan 79,484 pesakit masih dalam pemantauan virus itu.

Menurut data di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 72 kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 6,418 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan 594 kes positif baharu, dengan 19 lagi kematian.
Jakarta kini mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 31,610 kes, diikuti Jawa Timur (29,257) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Jawa Timur mencatatkan kematian tertinggi iaitu 2,098 orang, diikuti Jakarta (1,048), Jawa Tengah (813), Sulawesi Selatan (347) dan selebihnya di wilayah lain.

SINGAPURA hari ini merekodkan 68 kes baharu dengan dua daripadanya kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 56,099.

Menurut data Kementerian Kesihatan Singapura, tiada kes dalam komuniti di mana sebahagian besar kes melibatkan pemegang permit kerja yang kini dikuarantin.

Sehingga tengah hari semalam, republik itu mengklasifikasikan 820 kes import, 2,209 kes dalam komuniti dan 53,002 kes melibatkan penghuni asrama.

Sejumlah 52,810 pesakit atau kira-kira 94 peratus daripada jumlah kes keseluruhan telah sembuh sementara 87 kes masih berada di hospital.

Sejumlah 3,107 pesakit yang mengalami simptom ringan, atau sihat secara klinikal tetapi disahkan positif Covid-19, diasingkan dan dijaga di kemudahan komuniti.

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 20 Ogos 2020, Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan 4,339 kes Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 178,022.

DoH juga melaporkan 88 lagi kematian yang membawa jumlah keseluruhan kes meninggal dunia sebanyak 2,883.

Di samping itu, terdapat 727 pesakit sembuh daripada jangkitan dan membawa jumlah keseluruhan sembuh kepada 114,114 sementara kes aktif 61,025.

THAILAND melaporkan tujuh kes baharu koronavirus Covid-19 dalam kalangan mereka yang dikuarantin sekembali dari luar negara iaitu Mesir, Hong Kong, Singapura dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), dengan tambahan kes baharu itu, jumlah jangkitan meningkat kepada 3,389.

Mereka yang didapati positif adalah pelajar wanita, 21 yang tiba dari Mesir pada 17 Ogos; pelancong lelaki, 33 dari Hong Kong yang mengunjungi wilayah China pada Februari; dua pekerja lelaki masing-masing berusia 51 tahun yang tiba dari Singapura pada 7 Ogos lalu.

Tiga lagi adalah pekerja lelaki berusia 28, 38 dan 48 tahun yang tiba dari UAE
Daripada keseluruhan kes, sebanyak 3,218 sembuh termasuk 19 kes dalam tempoh 24 jam. Jumlah yang masih dirawat adalah 113 manakala kematian kekal 58.

Related posts

Leave a Comment