Bahasa: Boleh cetus ketegangan kaum

KENYATAAN MEDIA “Tindakan DAP Bermain Isu Bahasa Boleh Cetuskan Ketegangan Kaum” 1. Pemuda PBB kesal dengan tindakan DAP yang tidak menghormati undang-undang, melakukan vandalisme secara terang-terangan terhadap papan tanda jalan di sekitar Kuching, malah mendabik dada dengan perbuatan mereka itu apabila memviralkan perbuatan itu di media sosial. 2. Tindakan DAP meletakkan tulisan bahasa Mandarin atau tulisan Cina ke atas beberapa nama jalan di sekitar Kuching, tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan, jelas melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1953/1967, yang menetapkan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi…

Read More

Perbuatan ‘ikut suka’

WAJARKAH tindakan mana-mana pihak dengan sesuka hati menampal pelekat dalam bahasa Cina di beberapa buah papan tanda jalan di sekitar bandar raya Kuching? Siapa sebenarnya yang berkuasa? Adakah tindakan itu boleh dianggap ‘menceroboh’ kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) atau boleh juga dianggap sebagai vandalisme? Apa hak mereka berbuat demikian? Apa yang pasti tindakan itu boleh mengundang sesiapa sahaja melakukan sesuka hati menampal papan tanda itu. Akhirnya undang-undang tidak lagi dihormati. Hari ini, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) secara ‘sukarela’ mengambil inisiatif menampal bahasa Cina di beberapa nama jalan iaitu Jalan Main…

Read More

ARAB Saudi merekodkan 1,287 kes baharu koronavirus Covid-19 hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 303,973. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 42 kematian juga dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang meninggal dunia sebanyak 3,548. Pada masa yang sama, sebanyak 1,385 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes sembuh 275,476. Setakat ini, MoH merekodkan 24,949 kes aktif di mana 1,682 adalah kritikal. Sementara itu, Jeddah merekodkan kes tertinggi dengan 68 kes diikuti Makkah 67, Jazan 64 dan Riyadh 59.

Read More

Thailand terus catat kes import

INDONESIA melaporkan 2,266 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan 147,211 kes dengan 79,484 pesakit masih dalam pemantauan virus itu. Menurut data di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 72 kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 6,418 orang. Provinsi Jakarta mencatatkan 594 kes positif baharu, dengan 19 lagi kematian. Jakarta kini mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 31,610 kes, diikuti Jawa Timur (29,257) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain. Jawa Timur mencatatkan kematian tertinggi iaitu 2,098…

Read More

5 kes, Kluster Alam diisytihar

PUTRAJAYA: Lima kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, 20 Ogos, semuanya melibatkan kes import menjadikan jumlah keseluruhan 9,240 kes Kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara itu dilaporkan berlaku di Selangor melibatkan warga Bangladesh manakala empat lagi di Sarawak yang melibatkan Kapal LNG Seri Alam. Sebanyak tujuh kes telah pulih menjadikan 8,932 pesakit sembuh sepenuhnya. Sementara itu, Kluster Alam diisytiharkan di Sarawak setelah empat daripada kru kapal yang berlabuh di Pelabuhan Bintulu disahkan positif Covif-19. Kapal tangki minyak yang berdaftar di Pelabuhan Klang itu mempunyai sejarah pelayaran ke Pelabuhan Toyama…

Read More

Menjelang ‘kematian’ Utusan

MENYELAK KEMBALI TULISAN TAHUN 2019 20.08.2019 : Usah sekadar merintih, sembang kosong tanpa ‘sokongan’ MENYELAK surat khabar hari ini, salah satu fokus yang diberi adalah mengenai Utusan Melayu khususnya berkaitan Utusan Malaysia dan Kosmo!. Muka depan New Straits Times, tertera tajuk utama UTUSAN NO MORE? Satu laporan khas dua muka mengisi berita utama itu. Beberapa media lain juga melaporkan mengenai kemelut yang melanda dan didedahkan secara terbuka melalui piket Kesatuan Wartawan Kebangsaan Utusan Melayu (NUJ-UM). Pelbagai laporan mengenainya dan salah satu yang mendapat reaksi ramai kemungkinan akhbar Utusan Malaysia dan…

Read More

Dunia rekod 22.2 juta kes

JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 22.2 juta dengan kematian merekodkan 783,825 orang dan kes sembuh pula sebanyak 14,170,312. Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) dan Brazil terus mendahului kes jangkitan dan kematian. Daripada 22,252,446 yang dicatatkan sehingga 7 pagi ini, AS mendahului dengan 5,523,826 kes dan 172,945 kematian manakala Brazil merekodkan 3,407,354 dengan 109,888 kematian. India menduduki tempat ketiga dengan 2,767,273 kes dan di tempat keempat kematian iaitu 52,889 orang di belakang Mexico. Rusia yang mengumumkan penemuan vaksin baru-baru ini merekodkan 935,066 kes diikuti Afrika Selatan 596,060, Peru…

Read More

Covid-19 : Aktiviti masjid ditangguh

ALOR SETAR : Semua aktiviti keagamaan di lebih 50 masjid dan surau termasuk solat Jumaat di tujuh daerah yang berisiko Covid-19 di negeri Kedah, ditangguhkan berkuatkuasa hari ini. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) Mohd Yusri Md Daud berkata, masjid dan surau terlibat adalah di daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Baling, Yan, Kubang Pasu dan Padang Terap. Masjid terlibat adalah satu di daerah Kota Setar, Kuala Muda (30), Kulim (6), Baling (6), Yan (3) Kubang Pasu (6) dan Padang Terap (3), selain beberapa surau dari kawasan terjejas di setiap daerah…

Read More