JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 22.2 juta dengan kematian merekodkan 783,825 orang dan kes sembuh pula sebanyak 14,170,312.
Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) dan Brazil terus mendahului kes jangkitan dan kematian.
Daripada 22,252,446 yang dicatatkan sehingga 7 pagi ini, AS mendahului dengan 5,523,826 kes dan 172,945 kematian manakala Brazil merekodkan 3,407,354 dengan 109,888 kematian.
India menduduki tempat ketiga dengan 2,767,273 kes dan di tempat keempat kematian iaitu 52,889 orang di belakang Mexico.
Rusia yang mengumumkan penemuan vaksin baru-baru ini merekodkan 935,066 kes diikuti Afrika Selatan 596,060, Peru 549,321, Mexico 531,239 dan Colombia 489,122 kes.
Enam negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Chile 390,037, Sepanyol 370,867, Iran 350,279, United Kingdom 322,994, Argentina 305,966 dan Arab Saudi 302,686.
Bagi kumpulan 200,000 kes, Pakistan mendahului dengan 290,445, Bangladesh 285,091, Perancis 256,534, Itali 255,278, Turki 253,108 dan Jerman 229,694.
Sementara itu lapan negara merekodkan lebih 100,000 kes iaitu Iraq 188,802, Filipina 173,774, Indonesia 144,945, Kanada 125,340, Qatar 115,956, Ecuador 104,475, Kazakhstan 103,571 dan Bolivia 103,019.
Bagi kes kematian pula, Mexico merekodkan 57,774 orang, India 52,889, United Kingdom 41,483, Itali 35,412, Perancis 30,434, Sepanyol 28,797, Peru 26,658, Iran 20,125, Rusia 15,951, Colombia 15,619, Afrika Selatan 12,423 dan Chile 10,578.
Sementara itu Brazil mendahului kes sembuh dengan 2,751,246 diikuti India 2,037,870, AS 1,898,159, Rusia 747,802, Afrika Selatan 491,441, Mexico 433,809, Peru 374,019, Chile 364,285. Colombia 312,323 dan Iran 302,528,
Arab Saudi merekodkan 274,091 kes, Pakistan 272,128, Turki 233,915, Argentina 228,725, Itali 204,506 dan Jerman 204,454, Bangladesh 165,738, Sepanyol 150,376, Iraq 134,369 , Filipina 113,481, Qatar 112,658 dan Kanada 111,514.