TEMCO sehingga 31 Ogos

KERAJAAN membuat keputusan untuk melaksanakan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2020.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan 191 buah rumah dengan 872 orang penduduk.

Pelaksanaan TEMCO akan mengguna pakai SOP sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan beberapa ‘cut off’ jalan raya.

“Pergerakan keluar masuk oleh penduduk setempat atau penduduk dari luar kawasan TEMCO adalah dilarang,” katanya sidang media di bangunan Parlimen pada Isnin.

Tambahnya, premis perniagaan di bawah perkhidmatan essential dibenarkan

beroperasi di dalam kawasan TEMCO dan masa operasi dihadkan dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang.

“Pergerakan di dalam kawasan TEMCO adalah dibenarkan. Bekalan makanan dibenarkan dibawa masuk ke kedai runcit yang berada di dalam kawasan TEMCO. Semua pejabat Kerajaan dan sekolah yang terletak di dalam kawasan TEMCO ditutup,” ujarnya.

Sebelum ini Kerajaan Perlis telah mengumumkan pelaksanaan TEMCO selama 28 hari bermula 10 malam 8 Ogos di dua kampung di Kuala Sanglang.

Keputusan itu yang melibatkan Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul berkuat kuasa sehingga 4 September.

Kerajaan Negeri Perlis menerusi satu kenyataan berkata pelaksanaan TEMCO dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan dengan mengambil kira bilangan kes aktif Covid-19 di kawasan berkenaan.

Related posts

Leave a Comment