Thailand tanpa kes jangkitan

FILIPINA merekodkan 6,958 kes baharu Covid-19 sehingga pukul 4 petang ini, 10 Ogos 2020 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 136,638. Jabatan Kesihatan (DOH) juga melaporkan sebanyak 633 pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital sembuh yang membawa jumlah pemulihan kepada 68,159 atau 50 peratus daripada kes kumulatif. Pada masa yang sama, terdapat 24 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian 2,293 sementara kes aktif pula sebanyak 66,186. Sementara itu, sebanyak 1,673,503 individu menjalani ujian saringan Covid-19. INDONESIA mencatatkan 1,687 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah…

Read More

Kes 289,947, sembuh 253,478

ARAB Saudi merekodkan 1,257 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 289,947. Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laporannya juga mengumumkan bagi tempoh yang sama, sebanyak 1,439 pesakit pulih menjadikan 253,478 kes sembuh. Kes kematian pula meningkat kepada 3,199 apabila 32 lagi disahkan meninggal dunia akibat Covid-19. Kes aktif pula sebanyak 33,270 di mana 1,824 adalah kritikal. Sementara itu tidak ada bandar atau kota yang merekodkan 100 kes atau lebih sebaliknya paling tinggi hanya 88 kes iaitu di Riyadh. Dammam mencatatkan 65…

Read More

Kesan kunjung mengunjung

PUTRAJAYA : Tiga lagi kes positif dikesan dalam kluster Kurau yang dikenal pasti melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kepada kes positif, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Mereka merupakan ahli keluarga kes pertama kluster ini (kes 9050), iaitu adik, biras dan anak saudara beliau yang berumur dua tahun. Setakat ini kluster itu melibatkan dua negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang. Kes pertama mempunyai kontak rapat dengan semua kes baharu ini semasa aktiviti kunjung-mengunjung menjelang Aidiladha iaitu pada 30 Julai lepas. Setakat ini, seramai 125 orang telah disaring dalam kluster yang…

Read More

Niat baik tapi maklumat palsu

GARA-GARA sebar maklumat palsu berkaitan penularan wabak Covid-19, seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan polis kononnya sebuah pasar raya di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Seberang Perai ditutup berikutan seorang pesakit positif virus itu telah ke sana semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata peniaga berusia 33 tahun itu ditahan semalam selepas pihak polis menerima laporan daripada pengurus pasar raya itu yang memaklumkan terdapat mesej tular di laman Facebook berhubung perkara berkenaan. Beliau berkata status itu telah dikongsi oleh warganet dan sampai ke pengetahuan pihak pengurusan…

Read More

TEMCO sehingga 31 Ogos

KERAJAAN membuat keputusan untuk melaksanakan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2020. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan 191 buah rumah dengan 872 orang penduduk. Pelaksanaan TEMCO akan mengguna pakai SOP sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan beberapa ‘cut off’ jalan raya. “Pergerakan keluar masuk oleh penduduk setempat atau penduduk dari luar kawasan TEMCO adalah dilarang,” katanya sidang media di bangunan Parlimen pada Isnin. Tambahnya, premis perniagaan…

Read More

NZ 100 hari tanpa jangkitan

SEMALAM, Ahad 9 Ogos 2020, New Zealand mencatatkan 100 hari tanpa sebarang kes baharu Covid-19 dalam masyarakat. Kali terakhir jangkitan dilaporkan pada 1 Mei lalu. Bagaimanapun para pegawai kesihatan memberi amaran bahawa negara itu tidak boleh memandang ringan terhadap situasi itu. Ini kerana masih terdapat 23 kes aktif di New Zealand dengan kesemuanya dikesan di bahagian sempadan ketika mereka memasuki negara itu dan kes-kes tersebut sedang dirawat di kemudahan pengasingan. “Mencapai 100 hari tanpa jangkitan dalam masyarakat adalah satu pencapaian yang penting, namun, seperti yang kita ketahui, kita tidak boleh…

Read More

LGE mengaku tak bersalah

BUTTERWORTH: Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth hari ini, 10 Ogos 2020 atas pertuduhan meminta suapan berjumlah RM3.3 juta berhubung Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang. Guan Eng membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid. Mengikut pertuduhan, Ahli Parlimen Bagan itu semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3,300,000 sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan projek itu yang bernilai RM6,341,383,702.…

Read More