Makkah dahului kes di Saudi

ARAB Saudi merekodkan 1,402 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan Makkah mencatatkan kes tertinggi iaitu 249 kes.

Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laporannya mengumumkan dengan penambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes kini adalah 284,226.

Bagi tempoh yang sama, jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 meningkat kepada 3,055 termasuk 36 kematian baharu yang dilaporkan.

MOH juga menyatakan sebanyak 1,775 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan kes sembuh meningkat kepada 247,089.

Kes aktif pula 34,082 berbanding semalam 34,490 dan kebanyakan pesakit dalam keadaan stabil manakala 1,992 kes kritikal.

Sementara itu, menduduki tempat kedua kes tertinggi adalah wilayah Tengah 243, Riyadh 203, Asir 199 dan Qassim 128.

Related posts

Leave a Comment