BEKAS Menteri Kewangan Lim Guan Eng sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya malam ini, dipercayai berkaitan siasatan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, bernilai RM6.3 bilion. Kenderaan Toyota Vellfire putih yang dinaiki bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, dilihat memasuki perkarangan ibu pejabat SPRM pada kira-kira 9.10 malam. Ahli Parlimen Bagan itu sebelum ini telah tiga kali dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu. Menurut sumber SPRM, beliau telah ditahan pada pukul 9.30 malam Khamis. SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan telah mendapat izin…
Read MoreDay: August 6, 2020
Makkah dahului kes di Saudi
ARAB Saudi merekodkan 1,402 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan Makkah mencatatkan kes tertinggi iaitu 249 kes. Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laporannya mengumumkan dengan penambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes kini adalah 284,226. Bagi tempoh yang sama, jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 meningkat kepada 3,055 termasuk 36 kematian baharu yang dilaporkan. MOH juga menyatakan sebanyak 1,775 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan kes sembuh meningkat kepada 247,089. Kes aktif pula 34,082 berbanding semalam 34,490 dan kebanyakan pesakit dalam keadaan stabil manakala 1,992 kes kritikal. Sementara…
Read More15 kes : Sivagangga sumbang 6
PUTRAJAYA : Kluster Sivagangga menyumbang enam daripada 15 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Kesemuanya merupakan kes generasi kedua kluster itu dengan lima daripadanya merupakan satu keluarga, yang pernah mengunjungi satu daripada kawasan yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri Kedah. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Kedah untuk rawatan. Punca jangkitan dalam keluarga tersebut, masih di dalam siasatan. Satu lagi kes daripada kluster berkenaan pula mempunyai kontak rapat kepada ahli keluarganya, yang pernah mengunjungi…
Read More18.6 juta kes, 703,127 maut
JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia setakat 7.30 pagi ini 6 Ogos 2020 meningkat kepada 18,650,322 kes dengan jumlah kematian 703,127. Data Johns Hopkins University juga menunjukkan, sebanyak 11,254,878 pesakit pulih. Ketika ini, Amerika Syarikat (AS) terus mendahului dengan 4,816,509 kes dan 157,854 kematian diikuti Brazil 2,801,921 kes dan 95,819 kematian. India berada di kedudukan ketiga dengan 1,908,254 kes tetapi di tangga kelima jumlah kematian iaitu 39,795. Di kedudukan keempat kes tertinggi adalah Rusia yang merekodkan 864,948 kes diikuti Afrika Selatan 529,877, Mexico 449,961 dan Peru 439,890. Lima buah negara merekodkan lebih…
Read MoreMedia Hari Ini 06.08.2020
Singapura jangka kes meningkat
SINGAPURA mengesahkan 908 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan majoriti melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, kebanyakan pekerja telah diuji semasa tempoh pengasingan atau kuarantin. Mereka adalah kumpulan pekerja terakhir yang diuji dan dari asrama dengan risiko jangkitan yang tinggi. Oleh itu, kementerian menjangkakan kes harian akan meningkat dalam masa beberapa hari akan datang. Ketika ini terdapat 9,700 pekerja di kemudahan kuarantin ini. Mereka akan menjalani tempoh pengasingan selama 14 hari. Menurut MOH, terdapat empat kes dalam komuniti dan empat import hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 54,254 kes.…
Read More