Jumaat bersejarah Hagia Sophia

Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keenam itu. Bangunan itu ditukar kepada masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan  Istanbul. Solat Jumaat hari ini didahului dengan bacaan al-Quran. Turut diundang pemimpin dan pegawai daripada beberapa negara yang majoriti Muslim termasuk Qatar dan Azerbaijan. Hampir 20,000 pasukan keselamatan akan berada di kawasan itu untuk memastikan solat pertama dilakukan tanpa kejadian tidak diingini. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Turki membuat keputusan membatalkan status muzium Hagia Sophia. Ia selepas membenarkan permohonan…

Read More

Wabak : Pendekatan Ibnu Sina

LANGKAH pencegahan kesihatan awam yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani wabak Covid-19 menepati kaedah sama yang pernah dilaksanakan oleh tokoh perubatan Islam, Ibnu Sina. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun berada pada zaman yang berbeza, prinsip asas kesihatan awam kekal dan tidak berubah. “Matlamat paling utama adalah meningkatkan kesihatan, khususnya dalam kalangan penduduk, dengan mengamalkan semua langkah pencegahan yang diperlukan,” katanya menerusi catatan di akaun Facebook miliknya hari ini. Dr Noor Hisham turut berkongsi petikan sebuah filem pada tahun 1968 yang melakonkan semula watak…

Read More

Jangan aniaya jemaah lain

  MINGGU ini sekali lagi nama saya dipilih untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Seri Putra (MBSP), daerah Kajang, Selangor.MAlhamdulillah terpilih dalam kalangan 1,400 jemaah. Di Selangor, kaedah yang digunakan adalah mereka yang layak perlu membuat permohonan kepada pihak masjid atau surau Jumaat. Itu ketetapan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Di MBSP, permohonan dibuka pada 20 Julai dan semalam jemputan rasmi dihantar melalui WhatsApp. Senarai nama juga dikeluarkan untuk semakan. Begitulah kaedah untuk solat Jumaat di Selangor. Justeru jemputan untuk solat Jumaat amat bernilai. Hargailah jemputan itu kerana mungkin…

Read More

8.7 juta kes sembuh

DARIPADA 15.4 juta kes Covid-19 yang direkodkan di seluruh dunia setakat pukul 8 pagi ini (waktu tempatan), sebanyak 8.7 juta kes dilaporkan sembuh manakala 631,811 pesakit meninggal dunia. Menurut data Johns Hopkins University, Brazil mencatatkan 1,620,313 kes sembuh tertinggi berbanding tempat kedua kes tertinggi dengan catatan 2,287,475 kes serta 84,082 kematian juga di kedudukan kedua selepas Amerika Syarikat (AS). Setakat ini daripada 15,435,114 kes, AS mendahului dengan 4,032,430 kes dan juga kematian tertinggi iaitu 144,167 manakala kes sembuh pula 1,233,269. India merekodkan 1,238,798 kes dengan kes sembuh juga berada di kedudukan…

Read More