Kes sembuh atasi kes baharu

ARAB Saudi merekodkan 2,429 kes baharu Covid-19 pada Isnin, 20 Julai menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 253,349. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 5,524 kes pesakit sembuh, mengatsi jumlah kes baharu yang direkodkan. Jumlah kematian pula meningkat kepada 2,523 apabila 37 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Setakat ini 203,259 kes pulih sementara kes aktif pula 47,567. Sementara itu Jeddah mendahului jumlah kes baharu dengan 254 kes, diikuti Hufof 195, Riyadh 169, Taif 122, Makkah 116, Dammam 103, Mobarraz 102, Hafr Al-Batin 91 dan Madinah 65.

Read More

Kes di Indonesia cecah 88,214

INDONESIA terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 apabila 1,693 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 88,214 kes. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini (20 Julai), sebanyak 96 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kes 4,239 orang. Sebanyak 36,380 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,433 orang, diikuti Jakarta (745), Jawa Tengah (359), Sulawesi Selatan (281) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. Jawa Timur juga mencatatkan…

Read More

Sultan Selangor ucap tahniah

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menzahirkan ucapan tahniah dan syabas di atas penerbitan semula akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang kembali berada di pasaran hari ini. Baginda berasa gembira kerana sememangnya telah sekian lama akhbar Utusan Malaysia khususnya, menjadi pilihan Baginda untuk mendapatkan informasi terkini dan rencana-rencana yang mutakhir. Baginda berharap akhbar Utusan Malaysia akan terus menerbitkan bahan berita yang baik serta mampu menyatukan dan menyemarakkan semangat di kalangan orang Melayu khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.

Read More

Layanan dalam pemantauan

JEMAAH yang terpilih menunaikan haji tahun ini bakal mendapat layanan istimewa. Menurut FB Haramain Sharifain, antara kemudahan itu termasuklah penginapan di Arafah dan Mina. Di Padang Arafah, kelihatan khemah serta  ruang tidur yang selesa dan mematuhi penjarakan. Suasana di Muzdalifah, lokasi jemaah singgah sebelum ke Mina juga kelihatan lebih baik. Di Mina, jemaah akan tinggal di Menara Mina bukan lagi di khemah seperti pada musim haji sebelum ini. Semua kemudahan dan layanan istimewa ini ada kaitan dengan pematuhan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19. Semua kemudahan ini bukan setakat memberi…

Read More

Sultan Selangor murka

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini 20 Julai 2020 murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin-pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor. Baginda bertitah, contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan YBhg. Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain ini sebagai perbuatan yang sangat biadap. Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor. Apatah lagi,…

Read More

Menyambut kelahiran semula

ALHAMDULILLAH, Utusan Malaysia dan Kosmo! mengisi semula rak jualan akhbar di kedai dan stesen minyak. Saya mendapatkan akhbar itu di Petronas Bandar Seri Putra. Sahlah, Utusan Malaysia dan Kosmo! bangkit kembali’ menemui pembaca. Pasti ramai yang ternanti-nantikan penampilan semula selepas ‘dimatikan hayatnya’ pada Oktober 2019. Keluaran terakhir Utusan Malaysia dan Kosmo! di bawah syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad adalah pada 9 Oktober 2019. Selepas itu, permit penerbitan telah dijual kepada Media Mulia Sdn.Bhd. Setelah begitu lama ‘berehat’, sembilan bulan, dua akhbar ini dilahirkan kembali mendepani cabaran industri media cetak bersama…

Read More