Kes sembuh atasi kes baharu

ARAB Saudi merekodkan 2,429 kes baharu Covid-19 pada Isnin, 20 Julai menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 253,349.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 5,524 kes pesakit sembuh, mengatsi jumlah kes baharu yang direkodkan.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 2,523 apabila 37 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Setakat ini 203,259 kes pulih sementara kes aktif pula 47,567.

Sementara itu Jeddah mendahului jumlah kes baharu dengan 254 kes, diikuti Hufof 195, Riyadh 169, Taif 122, Makkah 116, Dammam 103, Mobarraz 102, Hafr Al-Batin 91 dan Madinah 65.

Related posts

Leave a Comment