Sultan Selangor murka

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini 20 Julai 2020 murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin-pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor.

Baginda bertitah, contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan YBhg. Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain ini sebagai perbuatan yang sangat biadap.

Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor. Apatah lagi, Baginda amat menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya.

Baginda berpandangan kejadian ini bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.

Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Istana Alam Shah

20 Julai 2020

Related posts

Leave a Comment