Kes di Indonesia cecah 88,214

INDONESIA terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 apabila 1,693 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 88,214 kes.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini (20 Julai), sebanyak 96 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kes 4,239 orang.

Sebanyak 36,380 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,433 orang, diikuti Jakarta (745), Jawa Tengah (359), Sulawesi Selatan (281) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 18,545 kes, diikuti Jakarta (16,899 kes) dan selebihnya di 32 wilayah lain di Indonesia.

SINGAPURA mengesahkan 123 jangkitan baharu, sebahagian besar melibatkan pekerja migran di asrama. Daripada jumlah itu, 11 adalah kes penularan dalam komuniti melibatkan lima warga Singapura atau pemastautin tetap, sementara enam lagi adalah pemegang pas kerja.

Kementerian Kesihatan (MOH) juga memaklumkan dua kes import yang diletak di bawah kuarantin di rumah sebaik tiba di Singapura.

Dengan perkembangan itu, jumlah kumulatif  kes Covid-19 kini 48,035. Berdasarkan data yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 643 sebagai kes import,  2,119 kes penularan dalam komuniti dan 45,150 pekerja asing di asrama.

Setakat ini,  44,086 pesakit atau 92 peratus daripada jumlah keseluruhan pulih sepenuhnya dan 181 kes masih dirawat. Sebanyak 3,618 pesakit yang bergejala atau sihat dari segi klinikal namun diuji positif Covid-19 diasing dan dirawat di pusat jagaan komuniti. Jumlah kematian pula kekal 27.

THAILAND merekodkan  satu kes import Covid-19, melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang bekerja sebagai juruelektrik di Singapura.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Taweesilp Visanuyothin memberitahu, lelaki itu pulang dari Thailand pada 6 Julai lalu dan menjalani kuarantin sebelum ujian menunjukkan positif pada Jumaat, 10 Julai.

Berikutan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini 3,250 manakala jumlah kematian kekal 58 dan 96 lagi pesakit masih di hospital.

Sementara itu, 6,501 orang yang disyaki terdedah kepada virus itu di Rayong setakat ini disahkan negatif.

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 20 Julai 2020  melaporkan 1,521 kes menjadikan jumlah keseluruhan jumlah kes Covid-19 meningkat kepada 68,898 kes.

Jabatan Kesihatan ((DOH) melaporkan, sebanyak 607 pesakit sembuh yang membawa jumlah kes pemulihan meningkat kepada 23,072.

Pada masa yang sama, sebanyak empat kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian setakat ini 1,835 orang.

Related posts

Leave a Comment