Kes di Arab Saudi 237,803

ARAB Saudi hari ini, 14 Julai merekodkan 2,692 kes Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 237,803 kes.

Jumlah kematian pula 40, angka harian yang tinggi menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia 2,283.

Sebanyak 7,718 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah  177,560 .

Ketika ini ada 57,960 kes aktif di mana 2,230 kes kritikal.

Daripada jumlah kes baharu itu, 263 melibatkan Jeddah diikuti Al-Hafouf 220,

Riyadh 211, Al-Mobarraz 189, Abha 141, Dammam 134 dan Hail 112.

Makkah dan Madinah pula masing-masing merekodkan 81 dan 75 kes.

Related posts

Leave a Comment