Arab Saudi catat 240,474 kes

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 2,671 kes baharu Covid-19 hari ini, 15 Julai, kurang sedikit berbanding 2,692 kes yang dilaporkan semalam dan 2,852 kes pada Isnin. Jumlah keseluruhan kes kini 240,474 manakala kematian pula meningkat kepada 2,325 dengan penambahan 40 lagi kematian yang dilaporkan hari ini. Kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 5,488 pesakit pulih menjadikan jumlah sembuh 183,048, iaitu 76 peratus daripada keseluruhan kes. Terdapat 55,101 kes aktif di mana 2,221 kritikal. Sementara itu Jeddah mendahului senarai kes dengan mencatatkan 250 kes diikuti Riyadh 226, Hufof 211, Mobarraz 174,…

Read More

Indonesia cecah 80,094 kes

INDONESIA terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 apabila 1,522 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes kini mencecah 80,094. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 87 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,797 orang. Sebanyak 24,871 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,275 kes, diikuti Jakarta (706 kes), Jawa Tengah (258), Sulawesi Selatan (251) dan selebihnya di wilayah lain. SINGAPURA merekodkan 249 kes baharu jangkitan Covid-19…

Read More

Lima kes import di Thailand

THAILAND mengumumkan lima kes baharu Covid-19, semuanya melibatkan kes import yang melibatkan mereka yang baru kembali dari luar negara, iaitu Amerika Syarikat (AS), Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Singapura. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), mereka dikuarantin sejurus tiba di Thailand. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes 3,232. Kes import itu melibatkan seorang wanita berusia 48 tahun yang tiba dari AS pada 11 Julai; dua lagi lelaki berusia 43 dan 49 tahun yang tiba dari Singapura pada 13 Julai sementara dua lagi, lelaki berusia 27 dan wanita, 35 yang pulang…

Read More

Empat tempatan satu import

PUTRAJAYA: Sebanyak lima kes baharu jangkitan Covid-19 iaitu empat tempatan, satu import dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 8,734 kes. Menurut kenyataan Ketua Pengarah kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, setakat jam 12 tengah hari 15 Julai, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 86 kes. Satu kes import mendapat jangkitan di luar negara melibatkan bukan warganegara Malaysia yang dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja. “Daripada empat kes penularan di dalam negara, satu kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan bergejala di Kuching, Sarawak. Beliau telah dimasukkan ke Hospital…

Read More

ADUN Slim meninggal dunia

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Khusairi Abdul Talib meninggal dunia hari ini di Hospital Bentong selepas mengadu kesukaran bernafas. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Saarani Mohammad mengesahkan berita kematian itu Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim itu. Khusairi, 59 memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dengan memperoleh majoriti 2,183 undi. Jenazah akan dibawa pulang ke Tanjung Malim malam ini. Khusairi juga juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan merupakan bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan…

Read More

47.4% banduan akhir Melayu

DEWAN Rakyat diberitahu, statistik Jabatan Penjara Malaysia, sehingga 30 Jun 2020 menunjukkan seramai 1,314 orang banduan – 1,182 lelaki dan 132 wanita dijatuhi hukuman mati di mana 775 banduan akhir itu adalah warganegara Malaysia, selebihnya 539 banduan warganegara asing. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan memberitahu, sebanyak 368 atau 47.4% merupakan banduan Melayu, 198 atau 25.6% India, 22.3% atau 173 orang Cina dan selebihnya 36 orang atau 4.7% terdiri daripada lain-lain kaum. Beliau menjawab soalan P. Kasthuriraani (DAP Batu Kawan) yang dikemukakan pada Isnin lalu dan dijawab secara lisan.…

Read More

India catat 878,250 kes

 INDIA terus mencatatkan pertambahan kes jangkitan Covid-19 dengan merekodkan 906,752 kes setakat pagi ini, 15 Julai berbanding semalam 878,254 kes. Negara itu menduduki tempat ketiga selepas Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan 3,416,222 dan Brazil 1,926,824 kes. Data Johns Hopkins University (JHU) menunjukkan jumlah jangkitan kes di seluruh dunia mencecah 13,258,016 dengan 576,752 kematian. AS dan Brazil juga merekodkan kematian tertinggi dengan masing-masing merekodkan 136,319 dan 74,133  kes. Sementara itu Rusia menduduki tempat keempat jangkitan kes dengan 738,787 diikuti Peru 333,867, Chile 319,493 dan Mexico 304,435  Sepuluh negara merekodkan 200,000 kes dengan…

Read More

Kes di Arab Saudi 237,803

ARAB Saudi hari ini, 14 Julai merekodkan 2,692 kes Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 237,803 kes. Jumlah kematian pula 40, angka harian yang tinggi menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia 2,283. Sebanyak 7,718 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah  177,560 . Ketika ini ada 57,960 kes aktif di mana 2,230 kes kritikal. Daripada jumlah kes baharu itu, 263 melibatkan Jeddah diikuti Al-Hafouf 220, Riyadh 211, Al-Mobarraz 189, Abha 141, Dammam 134 dan Hail 112. Makkah dan Madinah pula masing-masing merekodkan 81 dan 75 kes.

Read More