Indonesia cecah 80,094 kes

INDONESIA terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 apabila 1,522 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes kini mencecah 80,094.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 87 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,797 orang.

Sebanyak 24,871 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,275 kes, diikuti Jakarta (706 kes), Jawa Tengah (258), Sulawesi Selatan (251) dan selebihnya di wilayah lain.

SINGAPURA merekodkan 249 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan majoriti terdiri daripada pekerja asing yang tinggal di asrama manakala hanya 16 kes dalam komuniti.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) terdapat lima kes import membabitkan mereka yang diletak di bawah Notis Duduk Di Rumah sejurus tiba di Singapura.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 46,878 kes.

Semalam, MOH melaporkan satu kesilapan dalam ujian makmal yang menyebabkan satu kes Covid-19 dilaporkan sebagai positif sedangkan hasil sebenarnya negatif.

Ia membabitkan kes 45,655 iaitu pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Jurong West yang tidak bergejala dan dilaporkan sebagai kes disahkan oleh kementerian itu pada 10 Julai 2020. 

Satu kematian dilaporkan semalam 14 Julai, kes, yang ke 27. Ia membabitkan seorang lelaki rakyat Singapura berusia 62 tahun yang meninggal dunia di Hospital Besar Sengkang. Dikenal pasti sebagai Kes No 17168, mangsa disahkan dijangkiti Covid-19 pada 30 April dan mempunyai sejarah penyakit diabetes mellitus, hipertensi 3 dan hiperlipidemia, menurut kementerian itu.

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 15 Julai 2020, melaporkan jumlah kes Covid-19 kini meningkat kepada 58,850 termasuk 1,392 kes positif baharu yang dilaporkan hari ini.

Jabatan Kesihatan (DOH) juga merekodkan 11 kematian yang menjadikan jumlah meningkat kepada 1,614.

Pada masa yang sama, DOH mengumumkan 517 pesakit pulih yang membawa jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 20,976.

Related posts

Leave a Comment