Arab Saudi catat 240,474 kes

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 2,671 kes baharu Covid-19 hari ini, 15 Julai, kurang sedikit berbanding 2,692 kes yang dilaporkan semalam dan 2,852 kes pada Isnin.

Jumlah keseluruhan kes kini 240,474 manakala kematian pula meningkat kepada 2,325 dengan penambahan 40 lagi kematian yang dilaporkan hari ini.

Kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 5,488 pesakit pulih menjadikan jumlah sembuh 183,048, iaitu 76 peratus daripada keseluruhan kes.

Terdapat 55,101 kes aktif di mana 2,221 kritikal.

Sementara itu Jeddah mendahului senarai kes dengan mencatatkan 250 kes diikuti Riyadh 226, Hufof 211, Mobarraz 174, Dammam 144, Taif 99 dan Hail 97.

Makkah dan Madinah pula masing-masing mencatatkan 97 dan 78 kes.

Related posts

Leave a Comment