ADUN Slim meninggal dunia

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Khusairi Abdul Talib meninggal dunia hari ini di Hospital Bentong selepas mengadu kesukaran bernafas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Saarani Mohammad mengesahkan berita kematian itu Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim itu.

Khusairi, 59 memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dengan memperoleh majoriti 2,183 undi.

Jenazah akan dibawa pulang ke Tanjung Malim malam ini.

Khusairi juga juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan merupakan bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Related posts

Leave a Comment