India catat 878,250 kes

 INDIA terus mencatatkan pertambahan kes jangkitan Covid-19 dengan merekodkan 906,752 kes setakat pagi ini, 15 Julai berbanding semalam 878,254 kes.

Negara itu menduduki tempat ketiga selepas Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan 3,416,222 dan Brazil 1,926,824 kes.

Data Johns Hopkins University (JHU) menunjukkan jumlah jangkitan kes di seluruh dunia mencecah 13,258,016 dengan 576,752 kematian.

AS dan Brazil juga merekodkan kematian tertinggi dengan masing-masing merekodkan 136,319 dan 74,133  kes.

Sementara itu Rusia menduduki tempat keempat jangkitan kes dengan 738,787 diikuti Peru 333,867, Chile 319,493 dan Mexico 304,435 

Sepuluh negara merekodkan 200,000 kes dengan catatan tertinggi oleh Afrika Selatan 298,292, United Kingdom (UK) 292,931, Iran 262,173, Sepanyol 256,619, Pakistan 253,604, Itali  243,344, Arab Saudi 237,803, Turki 214,993, Perancis 209,640 dan Jerman 200,456.

Empat negara berada dalam kelompok 100,000 kes dengan Bangladesh 190,057, Colombia 154,277, Kanada 110,326,Qatar 104,533 dan Argentina 103,265.

China pula merekodkan 85,117, Mesir 83,930 dan Iraq 81,757 kes.

Sementara itu angka kematian menyaksikan UK di tempat ketiga dengan 45,053 kes, diikuti Mexico 35,491, Itali 34,984, Perancis 30,032, Sepanyol 28,409, India 23,727, Iran 13,211 Peru 12,229 dan Rusia 11,597.

Sebanyak 7,366,845 kes pulih dilaporkan didahului Brazil 1,323,425, AS 1,049,098, India 571,460, Rusia 511,958, Chile 289,220 dan Mexico 240,101.

Related posts

Leave a Comment