Jumlah kes Arab Saudi 209,509

ARAB Saudi terus mencatatkan pertambahan kes Covid-19 apabila 3,580 lagi kes jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes meningkat kepada 209,509. Bagaimanapun jumlah kes harian itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam 4,128 kes. Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,980 pesakit pulih menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 145,236. Pada masa yang sama 58 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,916 Setakat ini, 62,357 kes masih  aktif di Arab Saudi di mana 2,283 kes dalam keadaan kritikal. Sementara itu Riyadh mendahului jumlah kes dengan merekodkan 332…

Read More

Indonesia catat 3,171 kematian

INDONESIA merekodkan 82 lagi kematian akibat virus Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas,  menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,171 orang. Kes positif virus itu juga meningkat kepada 63,749 kes, iaitu pertambahan 1,607 kes baharu dalam tempoh berkenaan. Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia melaporkan bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, 5 Julai, sebanyak 13,767 pesakit masih dalam pemantauan. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,020 kes, diikuti Jakarta (649 kes), Kalimantan Selatan (200), Jawa Tengah (200), Sulawesi Selatan (199) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di…

Read More

5 kes: 3 import, 2 tempatan

LIMA lagi kes baharu dicatatkan menjadikan  jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia kepada 8,663 kes, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 77 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes aktif  tersebut empat kes telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 8,465 kes, dengan peratus kes pulih sepenuhnya mencecah 97.7 peratus. Daripada lima kes baharu itu, tiga kes adalah kes import melibatkan dua warga Malaysia dan satu kes bukan warganegara, manakala dua lagi adalah kes penularan dalam negara membabitkan warga Malaysia. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau memberitahu, dua kes penularan…

Read More

Kemenangan BN bukan kejutan

BUKANLAH satu kejutan apabila Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dengan kemenangan besar pada pilihan raya kecil (PRK) DUN itu semalam, 4 Julai 2020. Tidak keterlaluan jika dikatakan tidak ada apa yang boleh dibanggakan kerana kemenangan itu sudah dijangka, cuma tumpuan ramai sejauh mana majoriti yang diperoleh dan memastikan dua calon Bebas hilang wang pertaruhan. BN tidak berhadapan dengan calon pembangkang yang sepatutnya bertanding walaupun BN lebih layak diberi kemenangan percuma bagi menyelamatkan kos PRK serta tidak membazirkan masa, tenaga dan wang parti politik. PRK itu…

Read More

AS 2.8 juta kes, 129,657 maut

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 kini mencecah 11,187,193 dengan kematian meningkat 528,364 berbanding semalam 4 Julai 2020 iaitu 11,031,905 kes dan 523,777 kematian. Menurut data Johns Hopkins University, sehingga 7.30 pagi ini, Amerika Syarikat (AS) masih mendahului dengan merekodkan 2,836,764 kes dengan 129,657 kematian. Brazil turut mencatatkan kes yang tinggi apabila menduduki tempat kedua dengan 1,539,081 dan 63,174 kematian. Rusia dan India pula melepasi angka 600,000 kes dengan masing-masing merekodkan 673,564 dan 648,315 berbanding semalam 666,941 dan 625,544 kes. Sebelas buah negara merekodkan lebih 200,000 kes dengan didahului Peru 299,080, Chile 291,847, United Kingdom…

Read More

‘Dacing’ masih diterima rakyat

BARISAN Nasional (BN) masih relevan dan diterima oleh rakyat. Lambang dacing masih diterima rakyat. Itu reaksi Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi mengulas kemenangan BN mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini. Ini kemenangan keenam BN dalam pilihan raya kecil (PRK) selepas PRK Parlimen Cameron Highlands, DUN Semenyih, DUN Rantau, Parlimen Tanjung Piai dan Parlimen Kimanis. Ahmad Zahid yakin enam PRK selepas Pilihan Raya Umum ke-14 memberikan bukti bahawa BN masih relevan dan mempunyai masa depan cerah untuk berjaya dengan sokongan parti komponen serta Muafakat Nasional. “Apatah lagi sekarang kita menyokong Perikatan…

Read More