JUMLAH kes jangkitan Covid-19 kini mencecah 11,187,193 dengan kematian meningkat 528,364 berbanding semalam 4 Julai 2020 iaitu 11,031,905 kes dan 523,777 kematian.
Menurut data Johns Hopkins University, sehingga 7.30 pagi ini, Amerika Syarikat (AS) masih mendahului dengan merekodkan 2,836,764 kes dengan 129,657 kematian.
Brazil turut mencatatkan kes yang tinggi apabila menduduki tempat kedua dengan 1,539,081 dan 63,174 kematian.
Rusia dan India pula melepasi angka 600,000 kes dengan masing-masing merekodkan 673,564 dan 648,315 berbanding semalam 666,941 dan 625,544 kes.
Sebelas buah negara merekodkan lebih 200,000 kes dengan didahului Peru 299,080, Chile 291,847, United Kingdom 286,412, Sepanyol 250,545, Mexico 245,251, Itali 241,419, Iran 237,878, Pakistan 225,283, Arab Saudi 205,929, Turki 204,610 dan Perancis 204,222
Lima negara merekodkan lebih 100,000 kes iaitu Jerman 197,198, Afrika Selatan 187,977, Bangladesh 159,679, Colombia 109,793 dan Kanada 107,136 .
Qatar pula mencatatkan 99,183 berbanding semalam 98,653 kes diikuti China 84,850, Argentina 72,786 dan Sweden 71,419.
Sementara itu, United Kingdom (UK) berada di kedudukan ketiga merekodkan kematian tertinggi dengan 44,283 diikuti Itali 34,854,
Perancis 29,896, Mexico 29,843, Sepanyol 28,385, India 18,655, Iran 11,408, Peru 10,412 dan Rusia 10,011.