Jumlah kes Arab Saudi 209,509

ARAB Saudi terus mencatatkan pertambahan kes Covid-19 apabila 3,580 lagi kes jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes meningkat kepada 209,509.

Bagaimanapun jumlah kes harian itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam 4,128 kes.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,980 pesakit pulih menjadikan jumlah kes sembuh meningkat kepada 145,236.

Pada masa yang sama 58 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,916

Setakat ini, 62,357 kes masih  aktif di Arab Saudi di mana 2,283 kes dalam keadaan kritikal.

Sementara itu Riyadh mendahului jumlah kes dengan merekodkan 332 kes diikuti Taif  271,  Khamis Mushayt 242, Makkah 230, Dammam 206, Abha 177, Madinah 159

Jeddah 149, Buraidah 114, Mahayel Asir 131 dan Qatif 111.

Related posts

Leave a Comment