186,436 kes di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 3,943 kes baharu koronavirus Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 186,436. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 48 kematian juga dilaporkan yang membawa jumlah keseluruhan 1,599. Di samping itu, sebanyak 2,363 lagi pesakit pulih yang membawa jumlah pesakit sembuh 127,118. Sebanyak 57,719 kes aktif dan 2,285 kes kritikal. Sementara itu, Hufof merekodkan 433 kes diikuti Riyadh 363, Dammam 357, Makkah 263, Al Qattif 219, Jeddah 212, Taif 208, Al Mobaraz 196, Madinah 169..

Read More

Indonesia catat 1,082 kes

SINGAPURA mengesahkan 202 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan enam kes melibatkan dalam komuniti. Ini menjadikan jumlah jangkitan di republik ini 43,661 kes, dengan kes pertama dikesan pada 23 Januari. Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan daripada enam kes itu, empat adalah rakyat Singapura atau penduduk tetap dan dua lagi pemegang pas pekerja manakala selebihnya pekerja asing yang ditempatkan di asrama. Sehingga tengah hari semalam, 37,508 atau kira-kira 87 peratus daripada jumlah pesakit pulih sepenuhnya. Terdapat 184 kes masih berada di hospital pada Ahad dengan satu di unit rawatan rapi. Setakat ini, 26 orang meninggal dunia…

Read More

Satu kes import, dua tempatan

PUTRAJAYA : Tiga kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini, 29 Jun menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 8,637 kes dengan kebolehjangkitan 182 kes.  Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kes merupakan penularan dalam negara manakala satu lagi kes import. Satu kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia manakala kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara juga. Mengenai kes penularan dalam negara, satu kes dikesan di Selangor melalui saringan praprosedur bagi rawatan penyakit barah darah dan satu kes saringan tempat…

Read More

Taman tema dibuka 1 Julai

MULAI 1 Julai,  54 taman tema termasuk taman tema air di seluruh negara dibenarkan beroperasi dengan pengusaha perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk penjarakan sosial dan had pengunjung berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan taman tema. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob. berkata, kebenaran operasi itu membabitkan lebih 10,000 tenaga kerja. Pengunjung juga perlu menjalani proses pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera, pemeriksaan suhu badan dan penyediaan pensanitasi tangan manakala pengusaha perlu mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Penyenggaraan Kolam Renang Awam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), serta Garis…

Read More

Siasat buku hina Jata Negara

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil pihak yang terbabit menerbitkan buku yang didakwa menghina Jata Negara, kata Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin. Katanya, polis diminta untuk menyiasat segera dan mengambil tindakan perlu kerana perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik. “Saya telah mengarahkan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan secepat mungkin. “Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini, 29 Jun 2020. Beliau berkata adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak yang menghina lambang Kerajaan Persekutuan Jata Negara,…

Read More

Setengah juta korban Covid-19

SEPERTI jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kes jangkitan Covid-19 mencecah 10 juta pada minggu ini. Sejak kes jangkitan pertama dikesan di Wuhan, China pada 10 Januari lalu, sehingga pukul 8.30 pagi ini, data Johns Hopkins University, menunjukkan 10,072,616 kes direkodkan. Pada masa yang sama, jumlah kematian mencecah  500,321. Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 2,544,169 kes dan kematian 125,768 diikuti Brazil yang merekodkan 1,344,143 kes dengan 57,622 kematian. Rusia pula merekodkan 633,563 kes,  India 528,859 dan diikuti United Kingdom (UK) 312,640 kes. Pakistan yang merekodkan 202,955 kes menyertai kumpulan melebihi 200,000…

Read More

Dana EU kumpul AS$6.9 bilion

SEJUMLAH AS$6.9 bilion dikumpul pada sidang kemuncak Covid-19 di mana dana itu akan digunakan untuk ujian saringan, rawatan dan vaksin serta menyokong komuniti termiskin dan terpinggir di dunia. Sidang pada hari Sabtu, 27 Jun itu adalah sebahagian daripada inisiatif bersama oleh kumpulan eksekutif EU dan kumpulan penyokong Global Citizen yang melibatkan penyertaan 40 negara. Suruhanjaya dan bank pelaburan Eropah berjanji menyumbang AS$5.5 bilion, Amerika Syarikat AS$545 juta, Jerman AS$383 juta, Kanada AS$219 juta dan Qatar AS$10 juta. Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen menyatakan adalah penting bagi setiap individu…

Read More

182,493 kes di Arab Saudi

KES jangkitan Covid-19 di Arab Saudi pada Ahad, 28 Jun 2020 meningkat kepada 182,493 apabila 3,989 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Kementerian Kesihatan juga mengesahkan 40 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 1,551. Di samping itu, kementerian juga merekodkan 2,627 kes pulih pada Ahad menjadikan jumlah yang sembuh adalah 124,755. Kes aktif pula 56,187 dan sebanyak 2,277 kes dirawat di ICU. Sementara itu, Hufof merekodkan 487 kes diikuti Riyadh 389, dan Dammam 320. Makkah pula merekodkan 310 kes, Taif 275, Madinah 186, Al-Mubarraz 183, Khamis Mushayt…

Read More