Indonesia catat 1,082 kes

SINGAPURA mengesahkan 202 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan enam kes melibatkan dalam komuniti. Ini menjadikan jumlah jangkitan di republik ini 43,661 kes, dengan kes pertama dikesan pada 23 Januari.

Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan daripada enam kes itu, empat adalah rakyat Singapura atau penduduk tetap dan dua lagi pemegang pas pekerja manakala selebihnya pekerja asing yang ditempatkan di asrama.

Sehingga tengah hari semalam, 37,508 atau kira-kira 87 peratus daripada jumlah pesakit pulih sepenuhnya. Terdapat 184 kes masih berada di hospital pada Ahad dengan satu di unit rawatan rapi. Setakat ini, 26 orang meninggal dunia berikutan komplikasi jangkitan Covid-19 dengan dua kes pertama dilaporkan pada 21 Mac.

INDONESIA terus mencatatkan peningkatan kes apabila 1,082 lagi kes positif Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 55,092 kes, dengan 51 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, jumlah keseluruhan kematian kini adalah 2,805 orang.

Sebanyak 13,335 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 863 kes, diikuti provinsi Jakarta (625 kes), Kalimantan Selatan (186), Jawa Barat (175) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 29 Jun 2020, melaporkan 985 kes Covid-19 yang meliputi 643 kes terkini dan 342 kes lewat lapor .

Jabatan Kesihatan (DOH) mengumumkan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di negara itu adalah 36,438.

Di samping itu, 11 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,255.

DOH juga mengumumkan sebanyak 270 kes pemulihan membawa jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 9,956.

THAILAND mencatatkan tujuh kes koronavirus Covid-19 menjadikan jumlah kes 3,169 dengan 58 kematian.

Semua kes itu melibatkan warganegara Thailand yang dikuarantin selepas pulang dari India dan Amerika Syarikat. Tiada kes penularan tempatan untuk hari yang ke-35 di negara itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha berkata kemungkinan darurat dilanjutkan untuk sebulan lagi.

Katanya, kerajaan tidak berniat menyalahgunakan keputusan berkenaan untuk mengehadkan hak rakyat tetapi dilaksanakan ekoran kebimbangan terhadap penularan Covid-19. 

Related posts

Leave a Comment