Satu kes import, dua tempatan

PUTRAJAYA : Tiga kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini, 29 Jun menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 8,637 kes dengan kebolehjangkitan 182 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kes merupakan penularan dalam negara manakala satu lagi kes import.

Satu kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia manakala kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara juga.

Mengenai kes penularan dalam negara, satu kes dikesan di Selangor melalui saringan praprosedur bagi rawatan penyakit barah darah dan satu kes saringan tempat kerja iaitu di pasar di Sandakan, Sabah.

Sehingga kini, sebanyak empat kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, hanya satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment