Thailand cadang lanjut darurat

INDONESIA terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 apabila merekodkan 1,178 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes kini 50,187. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 47 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 2,620 orang. Sebanyak 13,323 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 764 kes, diikuti provinsi Jakarta (608 kes), Kalimantan Selatan (175), Jawa Barat (173) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. THAILAND melaporkan satu kes…

Read More

Kejayaan 100 hari PKP

OGENAP 100 hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), negara berjaya meratakan lengkung penularan wabak Covid-19 sekali gus mengurangkan penularan kes dalam komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam satu kenyataan, beliau  berkata, kejayaan ini adalah hasil tindakan bersama semua pihak, termasuk komuniti dan masyarakat. Katanya, untuk memastikan negara pulih sepenuhnya dan berjaya menjalani fasa PKP Pemulihan (PKPP) dengan kehidupan kebiasaan baharu, masyarakat perlu memainkan peranan yang lebih besar dengan mematuhi segala nasihat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Jumlah kes aktif kini menurun kepada hanya 208 kes dan peratus kematian turut menurun…

Read More

Empat kes baharu

TERDAPAT empat kes baharu positif Covid-19 pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 8,600 kes di mana 208 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan  memaklumkan, daripada empat kes baharu yang dilaporkan, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Manakala satu kes lagi adalah penularan di dalam negara iaitu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. KKM juga ingin memaklumkan terdapat 40 kes yang telah pulih dan…

Read More

PN perlu bubar Parlimen

CATATAN FB TIMBALAN PRESIDEN UMNO Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah membubarkan Parlimen republik tersebut bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan pada 10 Julai 2020. Keputusan tersebut dibuat bagi memastikan Kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang baik dan diyakini. Dalam konteks negara kita, adalah baik jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukan perkara yang sama tanpa berlengah. Malaysia tidak pernah berada dalam kedudukan politik yang sangat tidak stabil seperti ini sejak merdeka. Kemajuan, kemakmuran dan kebolehsaingan Malaysia sangat bergantung kepada kestabilan politiknya.…

Read More

Tidak lagi sendirian di masjid

“ALHAMDULILLAH, kalau dapat peluang jadi Imam, saya tidak lagi bersendirian di masjid,” itu catatan Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir yang menulis mengenai solat Jumaat disambung semula mulai esok 26 Jun 2020. Katanya, selepas cuti selama lebih tiga bulan, ini adalah pencapaian penting dalam perjuangan menentang Covid-19. “Bermakna keadaan semakin baik dan kita bersedia untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi jemaah dan masyarakat. Marilah kita bersyukur kepada Allah kerana kini kita boleh menegakkan Syiar (simbol) agama kita yang penting ini,” katanya. Bagaimanapun beliau mengingatkan supaya lebih teliti dan bertanggungjawab,…

Read More

Kes 10 juta minggu depan

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan jumlah kes positif Covid-19 seluruh dunia akan mencecah 10 juta pada minggu hadapan, kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Grebeyesus. Beliau berkata, lebih daripada 9.1 juta kes Covid-19 telah dilaporkan kepada WHO dan lebih daripada 470,000 kematian. “Pada bulan pertama wabak ini, kurang daripada 10,000 kes dilaporkan kepada WHO. Pada bulan lalu, hampir empat juta kes telah dilaporkan. “Kami menjangkakan akan mencapai 10 juta kes dalam minggu depan. WHO menganggarkan bahawa pada kadar semasa sekitar 1 juta kes baru seminggu,” katanya. Beliau berkata, mereka…

Read More

9.39 juta kes, 481,036 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 9,391,433 kes setakat 7 pagi Khamis, 25 Jun 2020 dengan kematian meningkat kepada 481,036. Menurut data Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam yang lalu terdapat peningkatan kira-kira 170,000 kes dan 6,000 kematian Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.37 juta kes dengan 121,902 kematian diikuti Brazil 1,188,631 kes dengan 53,830 kematian. Jangkitan di Rusia pula melepasi 600,000 kes tetapi masih mengekang jumlah kematian dengan 8,503 kes, di kedudukan 14. India dan United Kingdom (UK)…

Read More

AP bersara selepas 23 tahun

ANGGOTA Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Yaacob Ibrahim, 64, dijangka berundur daripada pilihan raya umum tahun ini setelah berkhidmat sebagai AP sejak 2 Januari 1997. Melalui kiriman Facebooknya pada 23 Jun lalu, hari pembubaran Parlimen, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura dan rakan kerjanya selama 23 tahun, lima bulan dan 21 hari berkhidmat sebagai AP . “Saya akan sentiasa menghargai tempoh 23 tahun lalu menjalin persahabatan dan peluang yang diberikan kepada saya melalui banyak dugaan dan kesusahan untuk menjadi orang yang lebih baik,” kata Dr Yaacob. Mantan Menteri Perhubungan…

Read More