AP bersara selepas 23 tahun

ANGGOTA Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Yaacob Ibrahim, 64, dijangka berundur daripada pilihan raya umum tahun ini setelah berkhidmat sebagai AP sejak 2 Januari 1997.

Melalui kiriman Facebooknya pada 23 Jun lalu, hari pembubaran Parlimen, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura dan rakan kerjanya selama 23 tahun, lima bulan dan 21 hari berkhidmat sebagai AP .

“Saya akan sentiasa menghargai tempoh 23 tahun lalu menjalin persahabatan dan peluang yang diberikan kepada saya melalui banyak dugaan dan kesusahan untuk menjadi orang yang lebih baik,” kata Dr Yaacob.

Mantan Menteri Perhubungan dan Penerangan itu dalam catatannya berkata, beliau dapat menemui ramai individu yang hebat di kawasan Kolam Ayer.

“Beberapa orang yang saya jumpa sebagai kanak-kanak kini sudah menjadi ibu bapa. Sedangkan orang lain telah meninggalkan kita, meninggalkan legasi mereka di kawasan itu. Saya telah membesar dengan mereka menjadi salah seorang daripada mereka sebagai kawan mereka.

“Saya berterima kasih kepada mereka semua kerana membuka pintu dan hati mereka kepada saya,” katanya.

Dr. Yaacob juga pernah menjadi Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Menteri Sekitaran dan Sumber Air dan  Menteri Pemangunan Masyarakat dan Sukan

Related posts

Leave a Comment