9.39 juta kes, 481,036 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 9,391,433 kes setakat 7 pagi Khamis, 25 Jun 2020 dengan kematian meningkat kepada 481,036.

Menurut data Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam yang lalu terdapat peningkatan kira-kira 170,000 kes dan 6,000 kematian

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.37 juta kes dengan 121,902 kematian diikuti Brazil 1,188,631 kes dengan 53,830 kematian.

Jangkitan di Rusia pula melepasi 600,000 kes tetapi masih mengekang jumlah kematian dengan 8,503 kes, di kedudukan 14.

India dan United Kingdom (UK) masing-masing merekodkan 456,183 dan 308,336 kes iaitu di tempat keempat dan kelima .

Lima lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu Peru 264,689, Chile 254,416, Sepanyol 247,086, Itali 239,410, dan Iran 212,501.

Sementara itu, Perancis menghampiri kelompok 200,000 kes dengan catatan 197,885 diikuti Jerman 192,871, Turki 191,657, Mexico 191,410, Pakistan 188,926, Arab Saudi 167,267, Bangladesh 122,660, Afrika Selatan 111,796 dan Kanada 104,073.

Qatar pula mencatatkan 90,778 kes diikuti China 84,658.

Sementara itu, UK menduduki tempat ketiga kematian dengan catatan 43,165 diikuti Itali 34,644, Perancis 29,734, Sepanyol 28,327, Mexico 23,377 dan India 14,476.

Related posts

Leave a Comment