Empat kes baharu

TERDAPAT empat kes baharu positif Covid-19 pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 8,600 kes di mana 208 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan  memaklumkan, daripada empat kes baharu yang dilaporkan, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Manakala satu kes lagi adalah penularan di dalam negara iaitu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 40 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,271 kes (96.2 peratus), manakala tiada pertambahan kes kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kekal 121.

Related posts

Leave a Comment