Arab Saudi hampiri 5,000 kes

KES jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan peningkatan apabila menghampiri 5,000 kes, angka harian terringgi yang direkodkan setakat ini. Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya mengumumkan, kes baharu yang dicatatkan adalah 4,919 berbanding semalam 4,267 dan 4,507 kes pada 15 Jun. Secara keseluruhan, jumlah kes kini adalah 141,234 sementara jumlah kematian meningkat kepada 1,091 termasuk 39 kes baharu. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,122 kes dilaporkan pulih menjadikan 91,662 sementara kes aktif 48,482 dan 1,859 kritikal. Sementara itu, Riyadh terus merekodkan kes tertinggi dengan 2,371 kes meningkat 742 kes berbanding…

Read More

Indonesia dahului jumlah kes di Asia Tenggara

INDONESIA terus mencatatkan pertambahan kes positif Covid-19 apabila merekodkan 1,031 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 41,431 kes. Jumlah ini tertinggi di Asia Tenggara. Jumlah kematian pula meningkat kepada 2,276 orang dengan tambahan 45 lagi kematian bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 17 Jun. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 651 kes. Ini diikuti provinsi Jakarta (563 kes), Jawa Barat (169), Kalimantan Selatan (141) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. SINGAPURA…

Read More

Gelombang kedua di Beijing?

BEIJING: Dua pertiga penerbangan dibatalkan di Beijing dan semua sekolah di ibu negara China itu ditutup semula ketika pihak berkuasa berusaha mengekang penularan baharu Covid-19 yang ada kaitan dengan pasar borong makanan. Sekurang-kurangnya 1,255 penerbangan yang dijadualkan terpaksa dibatalkan pagi ini, membabitkan 70 peratus daripada semua perjalanan ke dan dari lapangan terbang utama Beijing. Bandar itu dilaporkan merekodkan sebanyak 31 kes baharu hari ini sehingga  penduduk digesa supaya tidak meninggalkan Beijing ketika timbul  kebimbangan terhadap gelombang kedua jangkitan di China. Puluhan ribu orang yang mempunyai kaitan dengan dengan kelompok baru…

Read More

10 kes penularan tempatan

PUTRAJAYA : Sepuluh kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 meningkat kepada 8,515 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, seramai 140 individu  pulih, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 7,873 kes iaitu 92.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. “Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 521 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media hari ini. Mengenai kes baharu, Dr Noor Hisham berkata, kesemuanya melibatkan penularan di dalam negara melibatkan tujuh warganegara. Bagi kes melibatkan warganegara, empat daripadanya…

Read More

Risiko bagi yang berpenyakit

PARIS: Sekumpulan pakar London School of Hygiene and Tropical Medicine menganggarkan 1.7 bilion orang – lebih 20 peratus penduduk dunia – berisiko dijangkiti Covid-19 disebabkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung. Mereka menganalisis kumpulan data global termasuk diabetes, penyakit paru-paru dan HIV, dan menggunakannya untuk menganggarkan berapa ramai orang yang berisiko tinggi mendapat jangkitan Covid-19 yang serius. Analisis itu mendapati satu daripada setiap lima orang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan kronik justeru berada dalam keadaan bahaya yang lebih besar. Walaupun bukan semua mereka akan mengalami gejala teruk jika dijangkiti, penyelidik mengatakan sekitar…

Read More

AS dan Brazil mendahului

AMERIKA Syarikat (AS) dan Brazil terus mendahului negara-negara lain dalam catatan kes jangkitan dan kematian Covid-19 ketika dunia merekodkan 8,139,560 kes dan 440,342 kematian dalam tempoh 24 jam lalu. Data Johns Hopkins University menunjukkan AS negara paling teruk terjejas merekodkan jumlah kumulatif 2,134,521 kes dengan 116,833 kematian sementara Brazil merekodkan 923,189 kes dan 45,241 kematian. Sehingga 6.30 pagi ini, rekod itu juga menunjukkan Rusia pula melepasi angka jangkitan setengah juta dengan mencatatkan  544,725 kes diikuti India 343,091 kes. Empat lagi negara mencatatkan angka melebihi 200,000 kes iaitu United Kingdom (UK) 299,594,…

Read More