AS dan Brazil mendahului

AMERIKA Syarikat (AS) dan Brazil terus mendahului negara-negara lain dalam catatan kes jangkitan dan kematian Covid-19 ketika dunia merekodkan 8,139,560 kes dan 440,342 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Data Johns Hopkins University menunjukkan AS negara paling teruk terjejas merekodkan jumlah kumulatif 2,134,521 kes dengan 116,833 kematian sementara Brazil merekodkan 923,189 kes dan 45,241 kematian.

Sehingga 6.30 pagi ini, rekod itu juga menunjukkan Rusia pula melepasi angka jangkitan setengah juta dengan mencatatkan  544,725 kes diikuti India 343,091 kes.

Empat lagi negara mencatatkan angka melebihi 200,000 kes iaitu United Kingdom (UK) 299,594, Sepanyol 244,328, Itali 237,500 dan Peru 232,992.

Sembilan lagi negara merekodkan kes jangkitan melebihi 100,000 iaitu Perancis 194,347, Iran 192,439, Jerman 188,252,  Chile 184,449, Turki 181,298, Mexico 150,264, Pakistan 148,921, Arab Saudi 136,315 dan Kanada 101,085.

Bangladesh pula yang mencatatkan 94,481 kes mengatasi China yang merekodkan 84,378 kes diikuti Qatar 82,077 kes.

Mengenai angka kematian pula, UK merekodkan 42,054 kes diikuti Itali 34,405, Perancis 29,550, Sepanyol 27,136 dan Mexico 17,580.

Tiga negara mempunyai angka lebih 9,000 kes iaitu India 9,900, Belgium 9,663 dan Iran 9,065 diikuti Jerman 8,820 dan Kanada 8,271.

Rusia yang menduduki tempat ketiga kes merekodkan 7,274 kematian manakala tiga negara iaitu Peru 6,860, Netherlands 6,089, Sweden 4,939 dan Turki 4,842 mengatasi catatan kes di China sebanyak 4,638 .

Related posts

Leave a Comment