10 kes penularan tempatan

PUTRAJAYA : Sepuluh kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 meningkat kepada 8,515 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, seramai 140 individu  pulih, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 7,873 kes iaitu 92.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 521 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mengenai kes baharu, Dr Noor Hisham berkata, kesemuanya melibatkan penularan di dalam negara melibatkan tujuh warganegara.

Bagi kes melibatkan warganegara, empat daripadanya merupakan daripada Kluster Warga Emas Kuala Selangor; satu daripada saringan pusat Tahfiz; satu lagi dikesan di Sarawak yang merupakan ahli keluarga kepada kes ke-8453, manakala satu lagi dikesan di Sabah, yang merupakan kontak rapat kepada kes kematian ke-120. 

Related posts

Leave a Comment