Arab Saudi hampiri 5,000 kes

KES jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan peningkatan apabila menghampiri 5,000 kes, angka harian terringgi yang direkodkan setakat ini.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya mengumumkan, kes baharu yang dicatatkan adalah 4,919 berbanding semalam 4,267 dan 4,507 kes pada 15 Jun.

Secara keseluruhan, jumlah kes kini adalah 141,234 sementara jumlah kematian meningkat kepada 1,091 termasuk 39 kes baharu.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,122 kes dilaporkan pulih menjadikan 91,662 sementara kes aktif 48,482 dan 1,859 kritikal.

Sementara itu, Riyadh terus merekodkan kes tertinggi dengan 2,371 kes meningkat 742 kes berbanding 1,629 semalam.

Makkah pula mencatatkan 282 kes diikuti Jeddah 279, Hufof 273, Madinah 156, Taif 140, Dammam 137, Dhahran 123 dan Khobar 114.

Related posts

Leave a Comment