Kes di Arab Saudi 116,021

ARAB Saudi merekodkan 3,733 kes baharu Covid-19, jumlah harian tertinggi setakat ini menjadikan jumlah kes meningkat kepada 116,021. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 38 kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes sebanyak 857. Kes aktif pula 35,145 sementara 1,738 kes kritikal. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 2,065 pesakit yang disahkan positif Covid-19 sembuh menjadikan kes pulih meningkat kepada 80,019 iaitu hampir 70 peratus daripada kes terkumpul. Sementara itu hampir 40 peratus kes baharu yang dilaporkan dicatatkan di Riyadh iaitu 1,431 kes diikuti Jeddah 294, Makkah 293, Dammam 214, Hufof 206 dan Al Khobar…

Read More

Laos berjaya perangi Covid-19

INDONESIA terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 dengan merekodkan 979 kes baharu menjadikan jumlah kes 35,295 manakala 41 lagi kematian menjadikan 2,000 kes. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 14,052 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Bagi tempoh yang sama, Jawa Timur mencatatkan 297 kes positif baharu dan 23 kematian sekaligus menjadi wilayah tertinggi kes kematian dengan jumlah 553 orang. Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian kedua tertinggi  iaitu 537 kes, diikuti Jawa Barat (161), Jawa Tengah (104) dan…

Read More

Hari kedua PKPP 31 kes baharu

PUTRAJAYA : Jumlah kes baharu positif Covid-19 hari ini kembali meningkat kepada dua angka dengan 31 kes baharu, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 8,369 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,186 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 20 kes penularan di dalam negara, 11 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan hanya satu kes adalah kalangan warganegara Malaysia iaitu merupakan kes di Selangor bagi saringan pusat tahfiz. Bagi 19 kes dalam kalangan bukan warganegara sebanyak 16 kes Kluster Pedas di Negeri…

Read More

40 jemaah di 39 masjid terpilih

PELAKSANAAN solat Jumaat dan fardhu berjemaah di Selangor akan dilaksanakan mulai esok, Jumaat, 12 Jun dengan jumlah kehadiran jemaah bagi solat Jumaat ditambah daripada 12 orang kepada 40 orang tidak termasuk pegawai dan ahli Jawatankuasa masjid di 39 buah masjid yang telah ditetapkan sebelum ini. Menurut kenyataan media Sultan Selangor, kad akan diedarkan kepada 40 orang untuk hadir pada solat Jumaat tersebut dan bagi yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat hendaklah digantikan dengan solat Zuhur dan dilakukan di tempat masing-masing. Kenyataan itu menyebut, solat berjemaah adalah dibenarkan bagi solat Subuh,…

Read More

Jemaah ikut had di WP

PUTRAJAYA : Semua masjid, surau Jumaat dan surau dalam Zon Hijau di Wilayah Persekutuan akan dibuka secara berperingkat bagi solat Jumaat dan solat berjemaah dengan perluasan bilangan satu pertiga daripada jumlah had kapasiti bagi dewan solat utama bermula esok. Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perkara itu telah dipersembah dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau boleh melantik sukarelawan dalam kalangan jemaah bagi membantu kawalan sebelum dan selepas solat. Sistem penggiliran atau apa cara yang sesuai pada…

Read More

31,600 bakal jemaah terlibat

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan menangguhkan semua urusan berkaitan operasi haji melibatkan 31,600 jemaah bagi Musim Haji 1441H/2020M selaras dengan keputusan Kerajaan Malaysia untuk tidak menghantar jemaah haji negara ke Tanah Suci. Dalam satu kenyataan hari ini, TH berkata, keputusan itu dibuat setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan keputusan Kerajaan Malaysia untuk menangguh penghantaran jemaah haji dari Malaysia ke Tanah Suci ekoran penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia termasuk di Arab Saudi. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH,…

Read More

Sabar, redha bakal jemaah haji

PUTRAJAYA: Sabar dan redha dengan keputusan kerajaan menangguhkan penghantaran jemaah haji pada musim ini, 1441 Hijrah. Itu nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepada bakal jemaah yang sudah tersenarai untuk menunaikan ibadah itu. Sambil menyifatkan satu keputusan yang amat berat untuk diluahkan, beliau menjelaskan mengenai keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan jemaah. Katanya berdasarkan syarat kemampuan untuk menunaikan ibadah haji, iaitu kesihatan, keselamatan, keizinan dan kewangan, jelas ada perkara yang tidak dapat dipenuhi bagi meneruskan ibadah berkenaan. “Keputusan itu dicapai berdasarkan kepada taklimat Kementerian…

Read More

Jaga ‘kehidupan yang disambung semula’

SEMALAM, 10 Jun 2020, bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), susulan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). PKPP memberi banyak kelonggaran terutama yang berkaitan pembukaan semula sektor ekonomi, pekerjaan dan pendidikan. Begitu juga dengan ibadah atau aktiviti keagamaan, rentas negeri dan pelancongan domestik. Maka kehidupan perlahan-lahan kembali kepada suasana sebelumnya walaupun dengan norma baharu. Di jalan raya, kenderaan mula bergerak perlahan, di kedai gunting rambut ramai yang menunggu giliran dan peniaga mula sibuk. Pemulihan membawa maksud memulihkan atau mengembalikan sesuatu keadaan seperti sebelumnya. Bagaimanapun memulihkan…

Read More

7.3 juta kes, 415,174 kematian

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 7,313,661  dengan pertambahan lebih 100,000 kes dalam tempoh 24 jam dengan kematian pula meningkat kepada 415,174. Data Johns Hopkins University, pagi ini menunjukkan  Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan menghampiri dua juta kes iaitu 1,997,636 dan 112,769 kematian. Ini diikuti Brazil yang merekodkan 772,416 kes sementara tempat ketiga kematian dengan catatan 39,680. Rusia pula merekodkan 493,000 kes dan kematian 6,350. Lima lagi negara mempunyai angka melebihi 200,000 ialah United Kingdom 291,588, India 276,583, Sepanyol 242,280, Itali 235,763 dan Peru…

Read More