40 jemaah di 39 masjid terpilih

PELAKSANAAN solat Jumaat dan fardhu berjemaah di Selangor akan dilaksanakan mulai esok, Jumaat, 12 Jun dengan jumlah kehadiran jemaah bagi solat Jumaat ditambah daripada 12 orang kepada 40 orang tidak termasuk pegawai dan ahli Jawatankuasa masjid di 39 buah masjid yang telah ditetapkan sebelum ini.

Menurut kenyataan media Sultan Selangor, kad akan diedarkan kepada 40 orang untuk hadir pada solat Jumaat tersebut dan bagi yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat hendaklah digantikan dengan solat Zuhur dan dilakukan di tempat masing-masing.

Kenyataan itu menyebut, solat berjemaah adalah dibenarkan bagi solat Subuh, Maghrib dan Isyak sahaja di 39 buah masjid yang sama, dengan jumlah kehadiran 40 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid.

Semua surau termasuk Surau Kebenaran Solat Jumaat masih tidak dibenarkan untuk dibuka melainkan 3 orang Pegawai Surau seperti yang ditetapkan terdahulu.

Penggunaan masjid pada Solat Jumaat dan Solat Fardhu berjemaah hendaklah mematuhi sepenuhnya garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pihak JAIS telah menyediakan dan akan menguatkuasakan Garis Panduan lengkap tentang tatacara pelaksanaan Solat Jumaat dan Solat Fardhu berjemaah untuk dipatuhi oleh semua jemaah yang hadir ke masjid.

Pegawai dan ahli jawatankuasa Masjid diberi tanggungjawab penuh di dalam mengendalikan dan menguatkuasakan Garis Panduan yang ditetapkan. Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia dan JAIS akan melakukan pemantauan secara berterusan terhadap kesemua 39 buah masjid yang dibenarkan ini.

Sehubungan dengan itu, pegawai dan jawatankuasa masjid, ahli jemaah yang hadir serta seluruh umat Islam di Negeri Selangor diminta untuk mematuhi segala arahan dan mengamalkan sikap displin yang tinggi pada setiap masa.

Masjid yang dibenarkan untuk Solat Jumaat dan Jemaah*

1)Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

2)Masjid Sultan Abdul Aziz (Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah)

3)Masjid DiRaja Sultan Suleiman (Jalan Kota Raja, Klang)

4)Masjid DiRaja Sultan Ala ‘Ed Din (Jalan Lstana, Kg Bandar Jugra, Banting)

5)Masjid Tengku Ampuan Jemaah (Jalan Mimbar US/98, Petaling)

6)Masjid Raja Haji FL Sabilillah (Lot A, Persiaran Semarak Api, Cyber 1, Sepang)

*Masjid Daerah Negeri Selangor*

7)Masjid Jamek Ar-Rahman

8)Masjid Jamek As-Solihin

9)Masjid Jamek Sultan Ibrahim

10)Masjid Jamek Pekan Kajang

11)Masjid Jamek Sultan Hishamuddin

12)Masjid Jamek Ar-Rahimiah

13)Masjid Jamek Raja Tun Uda

14)Masjid Jamek Al-Amaniah

15)Masjid Jamek Sultan Hisamuddin

*Masjid Pengurusan (Naik Taraf) Negeri Selangor*

16)Masjid Bandar DiRaya Klang

17)Masjid Ara Damansara

18)Masjid Seksyen 7

19)Masjid Al-Ikhlas

20)Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz

21)Masjid As-Salam

22)Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz

23)Masjid Bandar Baru Sg Buloh

24)Masjid Nurul Ehsan

25)Masjid Al-Husna

26)Masjid Kolej Islam Malaya

27)Masjid Alam Impian

28)Masjid Al-Mustaqim

29)Masjid Puncak Alam

30)Masjid An-Nur Temasya Glenmarie

31)Masjid Cyberjaya 10

32)Masjid Produa

33)Masjid Al-Ridhuan

34)Masjid At-Taqwa

35)Masjid Ar-Rahmah

36)Masjid Ar-Shariff

37)Masjid Nurul Hidayah

38)Masjid Bukit Indah

39)Masjid Jamek Samadiah

Related posts

Leave a Comment