Kes di Arab Saudi 116,021

ARAB Saudi merekodkan 3,733 kes baharu Covid-19, jumlah harian tertinggi setakat ini menjadikan jumlah kes meningkat kepada 116,021.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 38 kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes sebanyak 857. Kes aktif pula 35,145 sementara 1,738 kes kritikal.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 2,065 pesakit yang disahkan positif Covid-19 sembuh menjadikan kes pulih meningkat kepada 80,019 iaitu hampir 70 peratus daripada kes terkumpul.

Sementara itu hampir 40 peratus kes baharu yang dilaporkan dicatatkan di Riyadh iaitu 1,431 kes diikuti Jeddah 294, Makkah 293, Dammam 214, Hufof 206 dan Al Khobar 100.

Related posts

Leave a Comment