7.3 juta kes, 415,174 kematian

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 7,313,661  dengan pertambahan lebih 100,000 kes dalam tempoh 24 jam dengan kematian pula meningkat kepada 415,174.

Data Johns Hopkins University, pagi ini menunjukkan  Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan menghampiri dua juta kes iaitu 1,997,636 dan 112,769 kematian.

Ini diikuti Brazil yang merekodkan 772,416 kes sementara tempat ketiga kematian dengan catatan 39,680. Rusia pula merekodkan 493,000 kes dan kematian 6,350.

Lima lagi negara mempunyai angka melebihi 200,000 ialah United Kingdom 291,588, India 276,583, Sepanyol 242,280, Itali 235,763 dan Peru 207,794.

Lapan negara berada dalam kelompok dengan kes jangkitan melebihi 100,000 kes iaitu Perancis 192,068, Jerman 186,522, Iran 177,938, Turki 173,036, Chile 148,456, Mexico 124,301, Pakistan 113,702 dan Arab Saudi 112,288.

Kanada pula merekodkan 98,709 kes mendahului China yang mencatatkan 84,199 kes.

Sementara itu United Kingdom menduduki tempat kedua kematian dengan 41,213 kes diikuti Brazil 39,680, Itali 34,114, Perancis 29,322, Sepanyol 27,136, Mexico 14,649, Belgium 9,629, Jerman 8,752, Iran 8,506 dan Kanada 8,038.

India pula mencatatkan 7,745 kematian, Rusia 6,350, Netherlands 6,061, Peru 5,862, Sweden 4,795, Turki 4,746 dan China 4,638.

Related posts

Leave a Comment