Hari kedua PKPP 31 kes baharu

PUTRAJAYA : Jumlah kes baharu positif Covid-19 hari ini kembali meningkat kepada dua angka dengan 31 kes baharu, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 8,369 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,186 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 20 kes penularan di dalam negara, 11 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan hanya satu kes adalah kalangan warganegara Malaysia iaitu merupakan kes di Selangor bagi saringan pusat tahfiz.

Bagi 19 kes dalam kalangan bukan warganegara sebanyak 16 kes Kluster Pedas di Negeri Sembilan manakala Kluster Kampung Sungai Lui, Selangor, Kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan satu kes.

Selain itu, beliau memaklumkan satu kes saringan melibatkan pekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Sementara itu, sebanyak 51 kes telah pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj 7,065 kes (84.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini, lima kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jelasnya, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 118 kes.

Related posts

Leave a Comment