7.18 juta kes, 408,954 maut

JUMLAH kes positif dan kematian akibat wabak Covid-19 terus meningkat dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia di mana 7.18 juta kes dilaporkan dengan kematian pula mencecah 408,954.

Menurut data Johns Hopkins University awal pagi ini, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling terjejas dengan angka menghampiri 2 juta iaitu 1,973,803 dan 111,751 kematian.

Peningkatan kes juga dilaporkan di Brazil dengan 707,412 berikutan pertambahan lebih 15,000 kes baharu sementara Rusia menduduki tempat ketiga tertinggi dengan catatan 484,630 kes.

Empat negara merekodkan angka melebihi 200,000 kes iaitu United Kingdom (UK) dengan 290,576, India 276,146, Sepanyol 241,966 dan Itali 235,561.

Ini diikuti sembilan negara yang merekodkan lebih 100,000 kes iaitu Peru 199,696, Perancis 191,522, Jerman 186,506, Iran 175,927, Turki 172,114, Chile 142,759, Mexico 120,102, Arab Saudi 108,571 dan Pakistan 108,317.

Kes positif di Kanada pula menghampiri 100,000 iaitu dengan catatan 98,026 kes mengatasi China yang merekodkan 84,195.

Sementara itu, UK merekodkan 40,968 kematian diikuti Brazil 37,134, Itali 34,043, Perancis 29,299, Sepanyol 27,136 dan Mexico 14,053.

Beberapa negara lain mengatasi catatan kematian China sebanyak 4,638 iaitu Belgium 9,619, Jerman 8,736, Iran 8,425, Kanada 7,957, India 7,750, Rusia 6,134, Netherland 6,050, Peru 5,571, Turki 4,729 dan Sweden 4,717.

Related posts

Leave a Comment