Riyadh catat kes tertinggi

RIYADH terus mencatatkan kes tertinggi di Arab Saudi apabila merekodkan 1,317 kes jangkitan Covid-19 daripada 3,717 kes baharu yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Dengan pertambahan kes itu, jumlah keseluruhan adalah 112,288. Kematian pula meningkat kepada 819 apabila 36 lagi kematian dilaporkan sementara kes aktif 33,315 di mana 1,693 merupakan kes kritikal. Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, jumlah kes pulih juga meningkat kepada 77,954 dengan kes sembuh hari ini sebanyak 1,615. Sementara itu, Jeddah merekodkan 460 kes diikuti Hufof 194, Dammam 189, Qatif 157 , Makkah 140 manakala Taif dan Madinah…

Read More

Kes di Indonesia kini 34,316

SINGAPURA melaporkan 451 kes baharu Covid-19 dengan sebahagian besar melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama dan hanya tujuh kes penularan dalam komuniti. Jumlah keseluruhan kes 38,965. Tiga daripada kes penularan dalam komuniti itu melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap manakala selebihnya pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing. Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan, setakat semalam, 248 kes masih dirawat dengan tiga dalam keadaan kritikal. Sebanyak 25,877 kes atau kira-kira 68 peratus daripada jumlah kumulatif setakat semalam iaitu 38,514 dibenarkan keluar dari hospital. THAILAND merekodkan empat kes import Covid-19 membabitkan…

Read More

Masjid di Perlis tambah jemaah

KANGAR: JUMLAH jemaah solat Jumaat dan solat lima waktu di Perlis akan mengikut bilangan maksimum berdasarkan keluasan masjid masing-masing dengan mengambil kira pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dan jarakan dua meter antara jemaah. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, jumlah maksimum jemaah berkenaan adalah seperti yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), melalui hebahan yang bakal dibuat kemudian. Baginda bertitah, perintah berkenaan dikeluarkan selepas mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, yang sentiasa melihat dengan…

Read More

Brunei juga tidak hantar jemaah haji tahun ini

BRUNEI Darussalam turut menyertai keputusan Singapura dan Indonesia yang menangguhkan penghantaran jemaah haji negara itu ke tanah suci Makkah pada musim ini. Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Badaruddin Pengarah Dato Paduka Awang Othman berkata, langkah itu dibuat berikutan penularan wabak Covid-19 yang masih menjadi ancaman kesihatan. Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar bersama Menteri Kesihatan berkaitan situasi semasa Covid-19 di Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam petang ini. Katanya, keputusan tersebut yang turut mendapat perkenan Sultan Brunei juga telah mengambil kira pandangan serta nasihat Mufti kerajaan…

Read More

Sekolah ‘terhad’ dibuka 24 Jun

PUTRAJAYA : Semua sekolah di seluruh negara akan dibuka semula mulai 24 Jun ini tetapi hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam dan antarabangsa yang setara pada tahun ini, kata Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin. Beliau berkata  ini membabitkan pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM),  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa. Katanya Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah telah diedarkan ke sekolah-sekolah pada 4 Jun lepas sebagai panduan agar persiapan rapi dapat dibuat sebelum sesi persekolahan bersambung kembali. Garis panduan termasuk…

Read More

Mesyuarat pra-Kabinet

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara hari ini, 10 Jun. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata sesi berkenaan yang berlangsung selama satu jam 15 minit dari pukul 8.30 pagi, diadakan secara bersemuka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan mulai hari ini. Sesi pra-Kabinet dengan Agong itu merupakan yang paling lama berlangsung berbanding sesi-sesi sebelum ini.   Menurut beliau, kali pertama mesyuarat bersemuka sedemikian diadakan adalah pada 18 Mac lepas di Istana Melawati, Putrajaya. Ia kemudian diteruskan menerusi sidang video untuk…

Read More

Covid-19 mimpi ngeri terburuk

WASHINGTON: Pengarah Institut Penyakit Berjangkit dan Alahan Kebangsaan di Amerika Syarikat, Dr. Anthony Fauci yang menyifatkan Covid-19 sebagai ‘mimpi ngeri terburuknya’ yang begitu pantas ‘mengambil alih’ planet ini. Sambil mengingatkan bahawa wabak itu belum berakhir, masih banyak yang belum diketahui mengenai penyakit itu dan bagaimana ia menyerang tubuh. Walaupun menyedari wabak seperti itu boleh terjadi, tetapi apa yang mengejutkan beliau adalah  bagaimana ia begitu cepat merebak ke seluruh dunia berbanding penyakit lain yang biasanya merebak dalam masa enam bulan atau satu tahun. “Tetapi ini mengambil masa sekitar satu bulan. Dalam…

Read More

Solat 40 jemaah di Perak

MULAI Jumaat ini, 12 Jun, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membenarkan solat fardu berjemaah di surau dan masjid di seluruh negeri itu. Bilangan jemaah untuk solat Jumaat ditambah daripada 12 kepada 40 orang, tidak termasuk pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa Kariah. Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), dalam kenyataan berkata, hanya mereka dalam kalangan warganegara dibenarkan. Identiti para jemaah yang datang untuk bersolat jemaah akan disemak dan direkod sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat. Sama seperti solat Jumaat, bilangan jemaah untuk solat fardu juga hendaklah tidak…

Read More

7.18 juta kes, 408,954 maut

JUMLAH kes positif dan kematian akibat wabak Covid-19 terus meningkat dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia di mana 7.18 juta kes dilaporkan dengan kematian pula mencecah 408,954. Menurut data Johns Hopkins University awal pagi ini, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling terjejas dengan angka menghampiri 2 juta iaitu 1,973,803 dan 111,751 kematian. Peningkatan kes juga dilaporkan di Brazil dengan 707,412 berikutan pertambahan lebih 15,000 kes baharu sementara Rusia menduduki tempat ketiga tertinggi dengan catatan 484,630 kes. Empat negara merekodkan angka melebihi 200,000 kes iaitu United Kingdom (UK) dengan 290,576,…

Read More