Solat 40 jemaah di Perak

MULAI Jumaat ini, 12 Jun, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membenarkan solat fardu berjemaah di surau dan masjid di seluruh negeri itu.

Bilangan jemaah untuk solat Jumaat ditambah daripada 12 kepada 40 orang, tidak termasuk pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa Kariah.

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), dalam kenyataan berkata, hanya mereka dalam kalangan warganegara dibenarkan.

Identiti para jemaah yang datang untuk bersolat jemaah akan disemak dan direkod sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat.

Sama seperti solat Jumaat, bilangan jemaah untuk solat fardu juga hendaklah tidak melebihi 40 orang, tidak termasuk pegawai masjid dan ahli Jawatankuasa Kariah.

Jabatan Agama Islam Perak akan mengeluarkan satu garis panduan dan kaedah terkini kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah masjid dan surau di negeri Perak dan selanjutnya menyelia dan memastikan garis panduan tersebut dipatuhi.

Related posts

Leave a Comment