WASHINGTON: Pengarah Institut Penyakit Berjangkit dan Alahan Kebangsaan di Amerika Syarikat, Dr. Anthony Fauci yang menyifatkan Covid-19 sebagai ‘mimpi ngeri terburuknya’ yang begitu pantas ‘mengambil alih’ planet ini.
Sambil mengingatkan bahawa wabak itu belum berakhir, masih banyak yang belum diketahui mengenai penyakit itu dan bagaimana ia menyerang tubuh.
Walaupun menyedari wabak seperti itu boleh terjadi, tetapi apa yang mengejutkan beliau adalah bagaimana ia begitu cepat merebak ke seluruh dunia berbanding penyakit lain yang biasanya merebak dalam masa enam bulan atau satu tahun.
“Tetapi ini mengambil masa sekitar satu bulan. Dalam tempoh empat bulan, ia telah membinasakan seluruh dunia,” katanya semalam semasa persidangan yang diadakan oleh Pertubuhan Inovasi Bioteknologi (BIO).
Menurut beliau, Ebola juga menakutkan tetapi Ebola tidak mudah disebarkan secara global.
Katanya, vaksin secara meluas dianggap sebagai harapan terbaik untuk menghentikan atau paling tidak memperlambat wabak itu.
Dr Fauci berkata beliau “hampir pasti” lebih daripada satu akan berjaya.
Beberapa vaksin telah diuji pada orang ramai, dan sekurang-kurangnya satu vaksin dijangka beralih ke percubaan Fasa 3 bulan depan.
Menyifatkan sebagai kajian yang berterusan, persoalan lain yang timbul katanya adalah sama ada mereka yang sembuh setelah sakit teruk akibat Covid-19 akan pulih sepenuhnya.