Kes di Indonesia kini 34,316

SINGAPURA melaporkan 451 kes baharu Covid-19 dengan sebahagian besar melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama dan hanya tujuh kes penularan dalam komuniti. Jumlah keseluruhan kes 38,965.

Tiga daripada kes penularan dalam komuniti itu melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap manakala selebihnya pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.

Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan, setakat semalam, 248 kes masih dirawat dengan tiga dalam keadaan kritikal.

Sebanyak 25,877 kes atau kira-kira 68 peratus daripada jumlah kumulatif setakat semalam iaitu 38,514 dibenarkan keluar dari hospital.

THAILAND merekodkan empat kes import Covid-19 membabitkan mereka yang baru pulang dari India, Pakistan dan Madagascar. Tiada kematian dilaporkan.

Setakat ini, Thailand mencatatkan jumlah kes jangkitan sebanyak 3,125 dengan 58 pesakit meninggal dunia.

Daripada 3,125 kes, 95 peratus pulih termasuk lapan yang pulih hari ini,msebnayak 86 kes masih di hospital.

INDONESIA merekodkan 1,241 tambahan kes positif baharu dan 36 lagi kematian menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 34,316 manakala kematian meningkat kepada 1,959.

Setakat ini sebanyak 14,242 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 535 kes, diikuti Jawa Timur (530 kes), Jawa Barat (161) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

FILIPINA setakat pukul 4 petang, 10 Jun merekodkan 740 kes iaitu 452 kes terkini dan 288 kes lewat lapor.

Jabatan Kesihatan (DOH) melaporkan jumlah keseluruhan kes adalah 23,732.

Kes kematian pula meningkat kepada 1,027 dengan 10 kes dilaporkan hari ini.

DOH juga mengumumkan sebanyak 159 kes pulih yang menjadikan jumlah kes sembuh 4,895.

BRUNEI DARUSSALAM terus mengekalkan kes sifar jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah kes kekal 141 orang dengan dua kematian, dan 138 sembuh.

Menteri Kesihatan, Dr. Awang Md. Isham Jaafar pada sidang media  situasi terkini jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam petang ini berkata, hanya satu kes aktif masih dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

Sebanyak 120 sedang dikuarantin manakala 2,730 orang tamat kuarantin.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu juga, sebanyak 625 sampel diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal sejak Januari 2020 kepada 23,293 ujian.

Related posts

Leave a Comment